Shahidan Potong Stim Najib..! infomalay12.blogspot.com

 


Baru Najib nak geli geli Shahidan sudah caras..! Najib yang diberikan ruang dan peluang oleh Zahid mewakili MP BN membahaskan belanjawan 2021 semalam dikatakan memberikan syarat untuk menyokong namun Shahidan tanpa berlengah terus berhujah balik bahawa itu pandangan BNBBC dan bukannya PNBBN..!

PNBBC sokong Belanjawan 2021, Najib hanya wakili pendirian BN

 Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) menyokong Belanjawan 2021 walaupun Barisan Nasional (BN) hari ini menyatakan sokongan bersyarat.

Pengerusi PNBBC, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata tidak timbul isu sokongan bersyarat atau tidak dalam isu itu.

"PNBBC menyokong Belanjawan 2021 dan kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri," katanya kepada BH ditanya mengenai sokongan bersyarat BN terhadap Belanjawan 2021.

Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 hari ini menyatakan BN menyokong Belanjawan 2021 secara bersyarat dengan meminta beberapa perkara ditambah termasuk lanjutan moratorium pinjaman secara automatik sehingga Jun tahun depan dan membenarkan pengeluaran Akaun 1 RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Shahidan menegaskan Najib memang mewakili PNBBC dalam perbahasan itu tetapi pendirian mengenai sokongan bersyarat itu mewakili BN bukan PN.

"PNBBC menyokong Belanjawan dan kita mahu moratorium dilaksanakan dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ditambah, " katanya.

Sementara itu, katanya beliau menyokong jika Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) ditubuhkan kembali dengan perbelanjaan RM85.5 juta.

Ini kerana, katanya, peruntukan itu bagi operasi dan pembayaran gaji kakitangan.

"JASA ini dikembalikan semula maka ia perlukan peruntukan sedemikian kerana pada 2018 jabatan itu mendapat peruntukan RM81. 7 juta.

"Saya secara peribadi hanya sokongan JASA ini jika mereka mengembalikan kakitangan yang dihentikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) . Jika ambil kakitangan baharu saya tidak setuju," katanya.

-sumber

BNBBC dalam PNBBC..! Ahli BNBBC 26 orang. Kalau 26 orang tak sokong apa cer?

Tapi ini semua taici orang politik. Kita tengokkan dulu. Katanya dah lulus bulan ni 500k setiap seorang MP untuk urusan kawasan masing masing. Ada lagi 500k yang akan lulus bulan depan..!

AGak agak bajet ni lulus ke tidak?

Lu Fikir La Sendiri..!


Subscribe to receive free email updates: