PANAS ~ Senarai Rahsia Azmin Bocor..! infomalay12.blogspot.com

 


Azmin semperit menggorak langkah katanya..

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikhabarkan akan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor bagi  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kelak.

Nama Azmin itu dilihat dalam satu senarai yang tular dipercayai berkaitan PRU15 bagi kerusi melibatkan Parlimen di Selangor.

Mengikut senarai itu nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 daripada Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, calon bagi Menteri Besar Selangor yang baharu selepas PRU15 juga difahamkan telah diputuskan.

Muafakat Nasional, MCA, dan MIC dikatakan bersetuju untuk memberikan laluan kepada calon Bersatu untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurut penelitian MalaysiaGazette terhadap senarai itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat menerima kerusi terbanyak dengan tujuh kerusi Parlimen.

Empat daripadanya ditandinginya oleh Azmin di Gombak dan Zuraida Kamaruddin kekal di kerusinya di Ampang.

Antara lain adalah Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu dua tahun lalu turut diberikan peluang untuk mengekalkan kerusinya.


Turut dilihat akan mengekalkan kerusinya adalah Muslimin Yahaya di Parlimen Sungai Besar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dilihat menukar kerusi yang ditandingi pada PRU14 lalu dari Parlimen Titiwangsa ke Parlimen Sepang.

Dua lagi yang dipertaruhkan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu adalah Dr Afif Bahardin dan Dr Daroyah Alwi.

Afif yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang diletakkan di Parlimen Shah Alam bagi menentang penyandangnya, Khalid Samad dan Daroyah di kerusi Parlimen Klang.

Sekutu terbaharu Bersatu iaitu UMNO hanya menerima enam kerusi iaitu di Hulu Selangor, Tanjong Karang, Bangi, Puchong, Sungai Buloh dan Kuala Langat.

Tan Sri Noh Omar dikatakan  kekal bertanding di Tanjong Karang, dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan menjadi pertaruhan terbaharu UMNO di Kuala Langat.

Nama-nama lain adalah Ketua UMNO Bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain (Bangi), bekas Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (Hulu Selangor), dan Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohamed Satim Diman (Puchong).

Parti komponen Barisan Nasional (BN) antaranya MCA memperoleh empat kerusi dan MIC dua kerusi dengan satu kerusi ditandingi presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran di Parlimen Kota Raja.

Pas pula mendapat tiga kerusi iaitu Kapar (Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi), Kuala Selangor (Muhammad Rashid Mohd Kassim, dan di Parlimen Hulu Langat (Zurk Ahmad).

Pihak kami dalam proses untuk mendapatkan reaksi pemimpin-pemimpin yang disebut itu bagi mendapatkan maklumat lanjut.

sumber


Azmin nak di angkat jadi TPM???

Boleh ke ambil kira dengan kaki tikam belakang ni? kata hanya sehingga PRU15 sahaja.

Masih nak percaya?

Lu Fikir La Sendiri..!

Subscribe to receive free email updates: