'FLAG-OFF' MISI PENGHANTARAN BEKALAN MAKANAN BENCANA NEGERI PAHANG infomalay12.blogspot.com



Kuantan, 3.11.2020 - Pagi tadi berlangsung Majlis Pelancaran dan Flag-Off Misi Penghantaran Bekalan Makanan Bencana ke pangkalan-pangkalan hadapan Pahang. Ini adalah persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Majlis yang berlangsung di PDM Edar Batu 6 Kuantan itu dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan, Menteri Besar Pahang.  Turut sama pada majlis berkenaan YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Pengerusi Komunikasi dan Media, Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan juga Ketua Polis Pahang
Datuk Abd Jalil Hassan turut sama hadir mengiringi. 

Sebanyak 118 buah Pangkalan Hadapan yang melibatkan 10 Daerah di negeri Pahang akan menerima hampir 98 tan barangan kering yang berjumlah lebih kurang 1 juta ringgit. 

Antara Daerah yang akan menerima bekalan ini ialah:-
    1.Kuantan - 16 Pangkalan -11 Tan
    2.Pekan    -  11 Pangkalan - 9 Tan
    3.Rompin - 12 Pangkalan - 26 Tan
    4.Maran - 10 Pangkalan - 5 Tan
    5.Bera - 12 Pangkalan - 8 Tan
    6.Temerloh - 26 Pangkalan - 9 Tan
    7.Jerantut - 13 Pangkalan - 26 Tan
    8.Lipis - 11 Pangkalan - 2 Tan
    9.Raub - 5 Pangkalan - 1 Tan
    10.Bentong - 2 Pangkalan - 1 Tan

Dalam Sidang Media yang diadakan, YH Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan dalam keadaan Pandemic Covid-19 ini banyak SOP yang harus dilakukan dan perkara itu akan dibincangkam bersama-sama MKN dalam masa terdekat ini. 

Dalam masa sama beliau jugak menasihatkan agar semua mematuhi SOP yang ada dan terus kekal menjaga keselamatan masing-masing.

Subscribe to receive free email updates: