Bangkit Dari Tertiarap ~ Langkah Biar Sederap..! infomalay12.blogspot.com


 Sebenarnya senang kalau nak senang dan tak susah kalau memang suka mencari susah..!

Hakikatnya hari ini, rakyat dan negara perlukan kesetabilan politik yang menuntut setiap jiwa wakil rakyat menjunjung amanah dan tanggungjawab seperti mana yang seharusnya.

Dulu, selama 22 bulan kerajaan PH mentadbir kerajaan macam macam yang di lemparkan. Rakyat sebenarnya tahu dan merasai bagaimana pemerintahan PH selama 22 bulan tu. Itu sebab takde seorang pun yang berguling guling, terjerit jerit di jalan raya memberontak akan kejatuhan kerajaan PH.

Hari ini, kepada MP Melayu/Islam terutamanya, kalian mempunyai ruang seluas luasnya untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan PH dahulu adalah kerajaan tunggangngan DAP dan yang sekutu dengannya, kerajaan PH sebagai kerajaan yang rasis, membelakangkan Perlembagaan dan tidak peka kepada sosio budaya dan adat resam bernegara.

Ini masanya untuk membuktikan kepada rakyat dan dunia bahawa kerajaan PN sekarang ini seperti yang pembangkang PH dakwa sebagai kerajaan Melayu/Islam ini adalah sebuah kerajaan yang adil, menjunjung Perlembagaan, peka dan mengambil berat akan sosio budaya, ekonomi dan keharmonian hidup bernegara.

Pulihkan keyakinan rakyat, kembalikan sokongan setiap golongan yang memerlukan kerajaan yang stabil dan cakna kepada keperluan masyarakat.

Gunakan kesempatan dalam kesempitan bukannya mengambil kesempatan dalam kesempitan akal budi yang merosakkan perjuangan negara bangsa ini.

Faham? Lu Fikir La Sendiri..!

Subscribe to receive free email updates: