UMNO ~ Menurut Biar Berakal, Mengikut Biar Pintar..! infomalay12.blogspot.com

 


Di harap selepas riuh rendah, hingar bingar selama 2 minggu ini, keputusan MKT malam tadi cukup lah menyedarkan ahli terutama pemimpin tertinggi parti bahawa keutamaan hari ini ialah kesejateraan rakyat dan keselamatan pertiwi.

Cukup lah terutaman para macai meniupkan api sengketa, para pengadu domba yang mengambil untung setiap perbalahan yang melanda. 

UMNO tidak boleh di pandu oleh para pengamal media yang menyusup masuk di dalam group whatsap ahli MKT, Ketua Bahagian mahupun struktur organisasinya. 

Jauh dari itu UMNO tidak berhak di pandu oleh mereka yang bukan pemimpin dan pemikir parti tapi hanya di lihat berada di keliling pemimpin maka sebok fb, instag dan pelbagai medium mereka mempelopori hala tuju dan pergerakan parti.

Pemimpin dan ahli perlu menolak sebarang anasir pemecah dan penyebab kenapa UMNO dan BN akan terus di tolak oleh rakyat hanya kerana pengamal media yang mahu menjaga tembolok mereka..!

Mudah mudahan..apa yang di laporkan...

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini iaitu berpegang teguh kepada peri pentingnya gencatan politik dan rekonsiliasi nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Berikut kenyataan penuh:

1. UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah berkali-kali dikeluarkan tentang peri pentingnya Gencatan Politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

2. UMNO juga ingin mengulangi dengan jelas sekali lagi bahawa kami menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang dan menghormati semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan tidak membawa negara ke dalam darurat sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan.

3. UMNO memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada Kerajaan termasuklah isu perlanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19, bantuan kepada belia yang menganggur, bayaran khas kepada barisan hadapan (frontliners) dan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengembangan ekonomi negara. Lantaran itu, UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan.

4. Maka sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO dalam mendokong titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. Sekiranya pendirian UMNO dalam perkara ini masih dipersoalkan, UMNO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi untuk menjaga kedaulatan Raja-raja dan kepentingan rakyat.

5. UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat. Maka, semua anggota Kabinet yang mewakili UMNO terus kekal dalam Kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti.

6. UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mengujudkan Kerajaan yang stabil dengan mengadakan Pilihan Raya Umum setelah Pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum. 

sumber

Para pemimpin terutamanya perlu mengotakan apa yang di kata dengan membawa ahli dan parti kembali di yakini dan menjadi pokok yang rendang bagi rakyat dan negara perlukan sebagai tempat berteduh.

Jangan di turut kata penghasut, jangan di ikut kata pengadu domba. UMNO perlu kembali kuat dan kalau ini sebagai permulaan maka ayuh gerakkan dengan penuh kesungguhan.

Ikut kata Dato Onn dahulu, bersatu lah kita seperti mana kita tak pernah bersatu sebelum ini.

Atur langkah sederap..!

Hidup biar cerdik. Siapa? Kita lah..! Siapa lagi??? 

Lu Fikir La Sendiri..!


Subscribe to receive free email updates: