Ramai MP Yang Bakal DiMakan Sumpah..! infomalay12.blogspot.com

 


Titah Tuanku seharusnya terjunjung di batu jemala semua rakyat Malaysia. Lebih lebih lagi apabila ianya khusus ditujukan kepada Ahli Ahli Parlimen. 

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli-ahli Parlimen untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada 6 November ini demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia berikutan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha-usaha membendung dan menangani penularan wabak.

"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru ahli-ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

"Seri Paduka mengingatkan Ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa sengketa politik untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara dan seluruh rakyat akan menjadi mangsa pada ketika negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman wabak Covid-19 ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

sumber

Sebagai Ahli Parlimen mereka semua telah mengangkat sumpah apabila dengan jelas berikrar akan menumpahkan taat setia kepada negara Malaysia yang tercinta serta dengan jujur akan melaksanakan kewajipan bagi memelihara, melindungi  dan mempertahankan Perlembagaannya.

Pelik kita sebagai rakyat apabila Agong sendiri terpaksa menitahkan ayat sebegitu rupa kepada wakil rakyat yang seharusnya malah wajib atas tugas mereka untuk melindungi rakyat dan negara.

Situasi begini memperlihatkan bahawa dari Raja Raja hingga lah ke pihak rakyat biasa sebenarnya sedang melihat dan menilai kualiti wakil rakyat kita. Setakat ini sebahagiannya masih lagi di lihat langsung tidak mengutamakan amanah dan tanggungjawab mereka. 

Cuba baca apa kata Permaisuri Agong dalam pantun Baginda..

Kalau tak terasa, jelas lah kita sudah salah memilih. 

Di sangka intan rupanya kaca, disangka permata rupanya besi berkarat yang tidak berharga.

Kenal pasti wakil wakil rakyat ni, dalam PRU yang akan datang cukup la. Rakyat perlu menoktahkan penglibatan mereka dalam kehidupan kita.

Rakyat muak, rakyat jelak.

Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!


Subscribe to receive free email updates: