Sabah Deputy CM Post For Sale - RM15,000,000 cash... infomalay12.blogspot.com



Seorang ahli Parlimen Sabah hari ini membaca pesanan teks yang kononnya membuktikan bahawa usaha sedang dilakukan untuk menarik wakil rakyat di negeri itu untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) mengatakan, pesanan teks itu dikirim kepada anggota parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis dan laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu...



Several Sabah DAP elected representatives have claimed they were offered deputy chief minister posts and up to RM15 million in cash to defect to Perikatan Nasional (PN) and form the government. In a press conference today, the elected representatives shared their experiences of being supposedly “shopped” by middlemen to the federal government, in the hopes of toppling the Warisan-led state government.

“Efforts have been going on for months now, and in some cases, they have intensified. I’ve been contacted by at least seven different people now and they have even come to my office. They ask me how much it will take to jump and said they can give me a deputy chief minister post,” said Likas assemblyman Tan Lee Fatt.

Sabah Youth and Sports Minister Ginger Phoong also said he was called by a young Chinese man and was offered the deputy chief minister’s post. “He said I could be offered the post because I already have a minister’s post. He also said he could directly link me to Tan Sri Muhyiddin Yassin, but of course, I am not stupid, and I didn’t believe him.

Phoong said that Sri Tanjung assemblyman Jimmy Wong had also told them of his experience, and he too was offered the same post. Wong, however, could not attend the press conference today, as he was recovering from an illness. His son, Jack, had sent a message to the party informing them of his father’s condition.

Other DAP representatives who were approached were Kapayan assemblyman Jannie Lasimbang, who said three men came to her house in Penampang last night on the pretext of being her constituents.

“They said that the state government would not survive, and they asked me to join them. I was so insulted and offended that I cursed them and told them to stop disrupting the government from doing their work. It is so wrong for them to come to my house, where my children and I live and proposition me like this,” she said.

Lasimbang lodged a police report and hoped that the police would take action against the men, who she said identified themselves as representatives of a former senior Sabah Umno politician’s son.

“The same men, one of them who is familiar to me, also visited my sister, Moyog assemblyman Jenifer Lasimbang with offers of a minister post and money. It is unlawful and corrupt, and this culture needs to be stopped,” she said.

Elopura assemblyman Calvin Chong said that a man dropped by his house at 6am this morning after calling him at 5am. “I was shocked that he knew exactly where I lived. I fear for my safety and that of my family now. How can they go to such lengths? Please leave me alone. I am loyal to the party struggle and to the Warisan government,” he said.

Kota Kinabalu MP Chan Foong Hin and Tenom MP Noorita Sual also said they had been approached by people in the past.

“This culture of shopping for Aduns and MPs need to stop. This is not a shopping mall and we are not for sale. It is immoral and unethical,” he said.

Sabah DAP chairman Frankie Poon said that they wholeheartedly condemned the culture of buying assemblymen and would not bow to the pressure.

Most of Sabah DAP’s elected representatives attended the press conference in person today aside from Wong, and appointed assemblyman Ronnie Loh. Phoong said Loh was replying to messages so they have “no reason to be suspicious.”

Poon said today’s press conference was in response to the increasingly blatant moves by the Opposition amidst fresh rumours of a state government toppling.

Several leaders like Kota Kinabalu MP Chan, Tenom MP Noorita and Sandakan MP Vivian Wong, and also Elopura assemblyman Chong were present at the press conference via Zoom.
Court dismisses Musa Aman's appeal in 'rightful Sabah CM' case | The Star

A report in The Star Online claimed the state Opposition, led by former Barisan Nasional state chairman Tan Sri Musa Aman (above) is close to securing a simple majority following the purported agreement by several elected representatives to align themselves with it.

Rumours have been rampant on social media of defections and a new state government with Musa at the helm.

Warisan’s secretary general Loretto Padua Jr was reported denying rumours and said the party was still intact.

The state Opposition, comprising Umno, PPBM, STAR and PBS need about 13 more seats to attain a simple majority in the 65-seat state assembly. – MMO


Image may contain: text

Bila Jin pakai toceng...sebelum lebai telan dedak... 


Hobi ‘mencarut’ di Parlimen dan DUN...

Wakil rakyat atau pemimpin negara adalah orang yang memimpin komuniti, atas dasar mereka dipilih oleh rakyat itu sendiri. Atas nama mereka sebagai pemimpin, mereka seharusnya sedar dan dapat merasakan apakah bentuk keadaan dunia yang sedang dihadapi kini, serta persiapan dan tindakan yang harus dipersiapkan kepada rakyat di negara ini. Mereka sebagai wakil rakyat yang berperanan sebagai pemimpin seharusnya tahu arah dan matlamat yang ingin dituju demi kebaikan bersama.

Rakyat masih boleh memaafkan sekiranya ramai wakil rakyat kita yang kurang membaca ataupun tidak pernah langsung ketemu dengan pandangan-pandangan baru melalui pembacaan. Masih dikira ‘tak apa’. Tetapi rakyat merasa gusar kini apabila terdapat agak ramai wakil rakyat yang tidak dapat meletakkan diri sebagai wakil rakyat menepati erti kata sebenarnya. Pendek kata rakyat amat tidak ‘selesa’ apabila berhadapan dengan tindakan wakil rakyat yang memalukan.

Walaupun tidak ramai yang berkelakuan tidak senonoh, namun rakyat akan melabelkan tindakan wakil rakyat tersebut memalukan. Seekor kerbau (atau lembu) yang membawa lumpur maka pastinya semua terpalit. Disebabkan dua tiga ‘ekor’ yang melakukan tindakan tidak wajar sebagai seorang wakil rakyat, maka rakyat sedikit sebanyak akan menuduh bahawa kebanyakan wakil rakyat adalah bersikap demikian.

Orang tua-tua dahulu selalu berkata, ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’. Peribahasa ini membayangkan sesuatu perkara buruk itu pasti tidak dapat dilindungi dan lambat laun akan diketahui juga. Itu dulu. Kini setelah kemunculan media sosial yang begitu meluas, tentulah apa saja perkara yang membabitkan wakil rakyat akan diketahui dengan cepat oleh rakyat. Apatah lagi yang berkaitan dengan perkara-perkara buruk seseorang wakil rakyat itu.
Akhir-akhir ini terdapat wakil rakyat sama ada wakil parlimen atau Adun yang mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang wakil rakyat. Seolah-olah tidak memikirkan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Ramai antara wakil rakyat yang memiliki hobi ‘mencarut’ sebagai budaya mereka di parlimen dan di DUN. Hal ini membayangkan keadaan sedemikian sudah menjadi budaya yang sentiasa diamalkan mereka setiap hari samada di rumah atau pun apabila berada di majlis-majlis. Sesetengah wakil rakyat juga ada yang ‘tidur’ semasa parlimen bersidang.

Rakyat biasanya mengharapkan sesuatu yang murni daripada seorang wakil rakyat, sama ada dari segi tingkah lakunya, percakapannya ataupun cara mereka berhubung dengan rakyat. Sekiranya seseorang wakil rakyat itu tidak menampakkan penonjolan nilai-nilai murni dalam diri maka pastinya mereka tidak akan mendapat penghormatan daripada rakyat. Rakyat kadang-kadang tertanya dan agak ‘bingung’ melihatkan tingkah laku wakil rakyat yang kononnya berkelulusan tinggi tetapi cara hujah dan penyampaiannya di parlimen tidak menggambarkan langsung sebagai seseorang berkelulusan tinggi.

Tidak berapa lama dahulu telah timbul gelaran ‘Profesor Kangkung’ yang diberikan kepada para profesor di universiti kita. Ini kerana mereka tidak langsung menampakkan diri mereka sebagai seorang profesor berbanding sesetengah profesor yang mendapat penghormatan tinggi dari rakyat. Profesor Ungku Aziz misalnya terus menerus mendapat penghormatan rakyat. Ini kerana kemampuannya meletakkan dirinya sebagai seorang profesor sebenar.

Begitu jugalah dengan keadaan wakil rakyat yang tidak dapat menempatkan diri mereka sebagai seorang wakil rakyat, yang tugasnya adalah merangka undang-undang negara dan membawa suara rakyat di parlimen. Rakyat pastinya mempersoalkan kredibiliti mereka sebagai wakil mereka, dan rakyat sendiri masih merasakan mereka belum begitu layak untuk diberikan pengiktirafan.
Bising,melompat2 macam nilah!!!

Sepatutnya apabila menjelang abad ke-21, tidak ada lagi wakil rakyat kita yang bersikap seperti sesetengah wakil rakyat sewaktu tahun-tahun selepas mendapat kemerdekaan dahulu. Rakyat boleh memaafkan wakil rakyat berkenaan, atas dasar mereka sememangnya golongan yang tidak mendapat pendidikan agak sempurna berbanding dengan sekarang. Ramai yang hanya berkelulusan Darjah 5 atau Darjah 6 sekolah Melayu sahaja dan tentu rakyat dapat memaafkan. Kini sudah ramai wakil parlimen kita yang berkelulusan tinggi, tetapi tidak menampakkan kemampuan untuk ‘menggalas’ status lulusan tinggi mereka. Tentu keadaan ini malang sekali.

Antara faktor yang menyumbang kebanyakan wakil rakyat bersikap tidak sepatutnya adalah: Kurang membaca. Mereka telah tidak diketemukan dengan fakta dan maklumat yang terkini yang sedang berlegar di dunia. Mereka mungkin tidak melibatkan diri mereka dalam the knowledge society kini. Lantas mereka agak ketinggalan dan tidak berapa tahu apa yang berlaku dalam dunia sekarang.

Mereka hanya bertemu dengan watak-watak ‘yes man’ yang sentiasa mengangguk apa saja yang diperkatakan oleh mereka, walaupun fakta yang diperkatakan tidak munasabah. Hujah seseorang wakil rakyat itu menjadi tidak berasas sama sekali. Lantas wakil rakyat sedemikian adalah sentiasa dalam keadaan ‘syok sendiri’. Sentiasa berada di kawasan ‘zon selesa’.

Berjuang hanya untuk diri sendiri. Menjadi wakil rakyat atau pemimpin hanya untuk populariti dan keuntungan diri semata-mata. Lupa yang menjadi wakil rakyat tujuannya adalah untuk berbakti dan menyumbang pada masyarakat. Bercakap besar. Kata-kata yang dikeluarkan sesetengah wakil rakyat hanya ‘dilepaskan’ tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat. Agama dan moral diketepikan. Menjadi wakil rakyat atau pemimpin tetapi lupa nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan apabila menjadi seorang pemimpin.

Kesimpulannya, wakil rakyat dan pemimpin seharusnya peka dengan suara masyarakat semasa. Peranan mereka bukan sahaja dapat dilihat oleh rakyat Malaysia, tetapi memberikan gambaran dan imej yang akan diperhatikan oleh seluruh dunia. Jika mereka berkhidmat dengan baik, rakyat juga akan senang hati dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan mereka. Mandat yang diberi oleh masyarakat bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk menyumbang dan berbakti demi masa depan masyarakat dan juga negara. - Muhammad Effendi Ismail


Image
Image
cheers.

Subscribe to receive free email updates: