[GRAFIK] PERUTUSAN HARI FELDA- MB PAHANG infomalay12.blogspot.com





Sejarah awal penubuhan Felda bermula sewaktu Allahyarham Tun Abdul Razak bertugas sebagai Menteri Luar Bandar merangkap Timbalan Perdana Menteri. 


Objektifnya pada ketika itu, untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum, dan melaksanakan pembangunan kawasan pedalaman.  

 Penempatan awal penubuhan Felda adalah di Pahang iaitu Lurah Bilut, Bentong pada tahun 1958.  Tidak dapat dibayangkan bagaimana jerih perih para peneroka generasi pertama pada ketika itu berusaha untuk keluar dari kelompok kemiskinan. 

Sungguhpun begitu, dengan usaha dan semangat yang tinggi dan tidak putus, kini Felda merupakan antara penyumbang utama dalam ekonomi Malaysia.  Kehidupan di Felda hari ini jauh lebih baik dari sebelumnya. 

 Terima kasih semua penerokawan dan penerokawati kerana menyumbang dalam membangunkan sosio-ekonomi negara kita.  Selamat Menyambut Hari Felda 2020 dari saya dan seluruh rakyat Pahang.  Peneroka Perantis, Berani dan Suka Cabaran. 

YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail 

 #MajuTerusPahang #Pahang1st

Subscribe to receive free email updates: