Setelah mengeluarkan kenyataan media tentang Garis Panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Negeri Pahang tengah hari semalam, saya menerima maklum-balas khususnya dalam kalangan peniaga kedai makan dan persatuan-persatuan berkenaan, mengenai tempoh operasi ditetapkan bermula 7 pagi hingga 9.30 malam.
Kerajaan Negeri mengambil berat atas maklum-balas ini dan setelah perbincangan lanjut dengan YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Dato' Sri Dr Salehuddin Ishak, serta agensi-agensi termasuk Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri;
Sukacita saya umumkan tempoh operasi semua premis dan aktiviti perniagaan kini bermula 7 pagi hingga 10 malam kecuali bagi sektor yang dibenarkan (perkhidmatan ‘essential’) mengikut kelulusan lesen perniagaan asal seperti stesen minyak, kilang dan klinik.
Keputusan terbaharu ini saya harap memadai setakat ini. Semakan akan dibuat dari masa ke semasa berpandukan tahap ancaman wabak pandemik COVID-19 di Pahang dan menurut keperluan semasa, termasuk aspek kepatuhan rakyat terhadap garis panduan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang Kerajaan tetapkan, In Sya Allah.
Saya juga berharap, kita tidak hilang fokus sebaliknya terus memberi tumpuan dalam menjayakan langkah-langkah bagi membendung wabak pandemik ini yang masih menggugat kesihatan awam di dunia, negara dan negeri ini.
DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
11 Jun 2020
Related Posts :
[Video LANGSUNG: Parlimen 14 Khamis, 14 Mac 2019 (Sesi Petang)] Bezanya Darurat dan Darurat Bencana, semoga maklum MP2! Suspek buang toksik di Pasir Gudang belum dapat didakwa. infomalay12.blogspot.comKhamis, 14 Mac 2019
Kami Viral
Otai BERSIH
Bezanya Darurat dan Darurat Bencana. Semoga maklum.
Share sebanyak mungkin sampai Ahli Parli… Read More...
[Video Guan Eng Dedah RAHSIA Besar Pemerintahan Kleptokrasi 'UmnoBN'! Semua Ahli Dewan Terkujut] #pray4PasirGudang Jika pencemaran toksid di Pasir Gudang itu mengakibatkan kematian, yg bertanggungjawab juga boleh dihukum mati! infomalay12.blogspot.comKhamis, 14 Mac 2019
Kalau ikut apa yg tertulis, jika pencemaran toksid di Pasir Gudang itu mengakibatkan kematian, yg bertanggungjawab jug… Read More...
[Video MP Baling PANAS TAK PUAS HATI & Jangan Ulang2 Cakap Kerajaan DULU CURI, DULU CURI] Heboh diumumkan sudah bersanding, mengapa dikata baru main saja? Baru main mata ke atau TAK MAHU KONGSI KUASA? infomalay12.blogspot.comKhamis, 14 Mac 2019
BARU MAIN MATA ATAU TAK MAHU KONGSI KUASA?
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan secara terbuka mengum… Read More...
[Video Malaysia sedia kerjasama dengan Perancis siasat Scorpene] MP Pasir Puteh (PAS) 'kena GELAK & di SORAK' di Parlimen Kah kah kah! Mahathir ke Pasir Gudang, Parlimen bahas usul isytihar darurat. infomalay12.blogspot.comKhamis, 14 Mac 2019
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini sekali lagi menyuarakan tawaran untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Peranc… Read More...
[Video YB BN berang & mengaaaaamuk aje] Jom stopkan pembangkang dari membanggang! Najib BN 'memang bebal' patut M,sia hancur bawah tangan dia! infomalay12.blogspot.comKhamis, 14 Mac 2019
Otai BERSIH
Jom stopkan pembangkang dari membanggang!
Mohon sebarkan. Sebab saya nak negara saya kembali hebat! Jom… Read More...