Tiga lelaki cuba nasib Berbasikal Rentas negeri infomalay12.blogspot.com

Polis mengenakan kompaun ke atas tiga lelaki berbasikal dari Ampang ke Jelebu kerana merentas negeri tanpa kebenaran. - NSTP/ihsan Polis
Rentas negeri: Berbasikal ke Jelebu

Tiga lelaki yang beriadah dengan berbasikal dari Ampang, Selangor ke Jelebu, Negeri Sembilan dikompaun kerana merentas negeri tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata ketiga lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditahan di jalan masuk ke Kampung Chennah jam 10 pagi semalam oleh anggota polis dan rela yang meronda.


Katanya ketiga-tiga individu berkenaan gagal memberikan alasan munasabah dan merentas negeri tanpa kebenaran polis.

"Berikutan itu, kompaun RM1,000 dikeluarkan ke atas ketiga-tiga lelaki terbabit mengikut Seksyen 25 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Bayaran kompaun patut dilakukan di Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu sebelum 3 Jun depan bagi mengelakkan tindakan pendakwaan, sekiranya gagal membayar kompaun," katanya hari ini.


Maslan turut mengingatkan orang ramai tidak merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB) sama ada riadah berbasikal, konvoi bermotosikal atau kereta tanpa kebenaran pihak polis.


Subscribe to receive free email updates: