[GRAFIK] UCAPAN HARI RAYA DARI EXCO KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA PAHANG infomalay12.blogspot.com




Alhamdulillahi rabbil a’lamin wa bihi nasta’in. Selawat dan salam ke atas Muhammad, Rasul junjungan, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Aidilfitri dan Salam Sejahtera.

Allahu Akbar,

Allahu Akbar,

Allahu Akbar,

Walillah hil hamd.

Dimulai dengan kalam takbir sebagai menandakan tibanya detik kemenangan meraikan Hari Lebaran bulan kemuliaan dan kemenangan yang ditunggu-tunggu setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa.


Setelah sebulan kita berpuasa, kita sebenarnya telah berjihad dalam mengekang hawa nafsu sambil menyemai perasaan belas kasihan kepada golongan yang susah dan serba kekurangan di kala dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.


Sejak dua bulan yang lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail juga berterusan membantu dan membela nasib rakyat.


Di hari baik, bulan baik ini, saya ingin menyeru agar jangan kita alpa. Teruslah berwaspada. Amalkan tabiat penjarakan sosial, sering membasuh tangan, memakai facemask di kawasan awam dan segera berjumpa doktor sekiranya bergejala. Sambutlah perayaan pada tahun ini dengan mengamalkan amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul dan tidak bersalaman di hari lebaran pada tahun ini.


Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota dan petugas keselamatan, kesihatan, kebersihan, kebajikan dan NGO yang terus menjalankan tugasan hakiki sepanjang tempoh PKP hingga kini bagi memastikan keselamatan rakyat Pahang dan penduduk di DN Bebar amnya terjamin.


Akhir kalam, saya dan seisi keluarga, dengan penuh tawadhuk di hati menyusun sepuluh jari memohon ampun serta kemaafan atas sebarang kekhilafan, zahir mahupun batin kepada seluruh penduduk di Dewan Negeri Bebar dan kepada yang mengenali saya.


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.


#KerajaanNegeriPahang
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo

Subscribe to receive free email updates: