13 kluster COVID-19 diisytiharkan tamat infomalay12.blogspot.com

KKM turut menjelaskan, 'Kluster Diisytiharkan Tamat' bermaksud tiada lagi kes baharu dicatatkan dalam sesuatu kluster berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan.
13 kluster COVID-19 sudah tamat

SEBANYAK 13 kluster Covid-19 sudah tamat, termasuk dua yang diisytiharkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 18 Mei lalu.

Dalam satu hantaran laman Facebook rasmi KKM, kementerian itu memperincikan kesemua kluster berkenaan ialah Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi; Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas); Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan); Kluster Selayang (Pasar Harian); Kluster Rembau; Kluster Tabligh Pakistan; Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh; Kluster Pekan; Kluster Kilang Pasir Gudang; Kluster BBIM; Kluster Tabligh Makassar Sabah; Kluster Pengerang dan Kluster Istana Negara.

KKM turut menjelaskan, 'Kluster Diisytiharkan Tamat' bermaksud tiada lagi kes baharu dicatatkan dalam sesuatu kluster berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan.

"Kriteria utama untuk menamatkan sesuatu kluster adalah tiada kes baharu selepas dua kali tempoh inkubasi (14hari/satu inkubasi) iaitu 28 hari selepas tarikh gejala bagi kes yang terakhir atau tarikh positif Covid-19 jika kes terakhir tiada gejala.

"Contohnya, kluster A, tarikh positif kes terakhir (tiada gejala) dalam kluster itu ialah 1 April, ini bermaksud jangkaan tamat bagi kluster A ialah 29 April. Dalam hal ini, kita dapat lihat tempoh antara 1 hingga 29 April adalah bersamaan 28 hari," katanya.

Subscribe to receive free email updates: