6 Ekor Monyet ‘Kebal’ Selepas Disuntik Vaksin COVID-19 Dari Oxford infomalay12.blogspot.com

Percubaan vaksin keluaran Universiti Oxford ke atas sekumpulan monyet menunjukkan keputusan positif 👍
6 Ekor Monyet ‘Kebal’ Selepas Disuntik Vaksin Dari Oxford

6 Ekor Monyet ‘Kebal’ Selepas Disuntik Vaksin Dari Oxford. Percubaan vaksin keluaran Universiti Oxford ke atas sekumpulan monyet menunjukkan keputusan positif setelah 6 ekor monyet didapati tidak dijangkiti COVID-19 walau pun didedahkan dengan persekitaran dan sumber jangkitan yang tinggi.

Petanda Positif Terbaru Untuk Umat Manusia.
Ia sekaligus memberikan keputusan yang memberangsangkan terhadap pembangunan vaksin tersebut yang kini sedang menjalani ujian klinikal terhadap manusia. Walau bagaimanapun, keputusan untuk ujian klinikal manusia masih memerlukan tempoh beberapa bulan sebelum ia benar-benar menggambarkan ‘best-case scenario’.

Monyet Rhesus macaques ‘kebal’ selama 28 hari selepas disuntik


Monyet spesis Macaca mulatta atau turut dipanggil rhesus macaques itu menerima vaksin hAdOx1 nCoV-19 yang dibangunkan oleh Jenner Institute dan the Oxford Vaccine Group. Mereka kemudiannya didedahkan dengan virus yang sebelum ini telah menjangkiti monyet-monyet yang lain. Menakjubkan, keenam-enam monyet ini tidak menunjukkan gejala sakit malah kekal sihat sekurang-kurangnya 28 hari kemudian.

6 Ekor Monyet ‘Kebal’ Selepas Disuntik Vaksin Dari Oxford. Monyet Rhesus maqaques.

Percubaan ke atas monyet itu dilakukan pada penghujung Mac oleh saintis kerajaan di Makmal Rocky Mountains, Hamilton, Montana, Amerika Syarikat.

DNA Monyet Macaques 93% Sepadan Dengan DNA Manusia


Vincent Munster, ketua Unit Ekologi Virus di makmal tersebut turut menjelaskan bahawa spesis monyet tersebut adalah spesis haiwan yang hampir sama dengan manusia. DNA monyet rhesus macaques tersebut adalah 93% sepadan dengan DNA manusia. Walau bagaimanapun, vaksin tersebut belum pasti keberkesanannya terhadap manusia walaupun ia menunjukkan kesan positif ke atas monyet tersebut.

 Ujian klinikal pertama vaksin hAdOx1 nCoV-19 ke atas manusia.

Percubaan vaksin ini ke atas manusia baru sahaja bermula pada 23 April yang lalu dan dijangka tamat pada bulan September. Proses pembangunan vaksin memakan masa yang lama, malah penggunaan sepenuhnya pada bulan September dianggap ‘luar biasa’ cepat.

80 Jenis Vaksin Sedang Dibangunkan


The Jenner Institute, yang merupakan sebahagian daripada Oxford Vaccine Group, kini mendahului perlumbaan pembangunan vaksin untuk COVID-19 di dunia. Selain itu, pembuat vaksin terbesar di dunia, the Serum Institute of India, berkata mereka tidak akan menunggu percubaan ke atas manusia tamat tetapi sebaliknya akan terus menghasilkan 40 juta dos vaksin untuk menjimatkan masa sekiranya vaksin tersebut berjaya.

Sehingga kini, sebanyak 80 jenis vaksin sedang dibangunkan tetapi kebanyakannya tidak melakukan percubaan ke atas haiwan bagi menjimatkan masa.

Subscribe to receive free email updates: