'PH YANG MAKAN NANGKA, KENAPA GETAHNYA DIPALIT KEPADA UMNO DAN MUAFAKAT NASIONAL' infomalay12.blogspot.com






Setiausaha Penerangan MIC Pusat A.Subash Chandrabose berkata, rakyat jangan sesekali terpengaruh dengan agenda Pakatan Harapan (PH) kononnya mereka tumbang kerana gerakan pintu belakang.

Jelas beliau, apa yang rakyat perlu tahu adalah PH tumbang kerana perbalahan mereka sendiri dan ia tidak ada kena mengena dengan pintu belakang mahupun Muafakat Nasional.

“Siapa mengkhianati siapa? Siapa memulakan pergolakan kuasa? Kenapa cakap demokrasi sudah mati? Apa peranan Muafakat Nasional dalam kegagalan kepimpinan PH? Jika anda rasa demokrasi sudah mati, siapa suruh Tun untuk meletakkan jawatan? Muafakat Nasional telah memilih jalan pintu belakang? Muafakat Nasional sebenarnya telah mengikut nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Salah ke? PH yang makan nangka tapi kenapa getahnya mahu dipalit kepada UMNO dan Muafakat Nasional?

“Sejak seminggu lalu kalau kita renung kembali, Azmin dan kawan-kawannya dari parti PKR dilaporkan sudah kehilangan kepercayaan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mula mencorak langkah untuk keluar dari parti mereka. Kemudian, kononnya Tun Mahathir tertekan dengan desakan dari pelbagai pihak untuk meletakkan jawatan, lalu Tun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden PPBM.

“Pada mulanya kita melihat semua parti PH telah menyeru supaya Tun Mahathir patut kekal sebagai Perdana Menteri dan kerana itu Tuanku Agong telah melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sehingga pergolakan kuasa selesai.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim pula telah menggunakan situasi ini untuk mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri. Parti-parti PH seperti Dap yang pada mulanya menyokong Tun Mahathir telah ‘u-turn’ dan mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Baru. Tun Mahathir pula terkejut apabila dirinya dikhianati oleh parti-parti PH maka beliau dengan tiba-tiba mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan kembali menjadi Presiden PPBM dengan niat untuk menjatuhkan Anwar dan kerana itulah Tun Mahathir telah mempelawa Muafakat Nasional untuk menyertai dalam Kerajaan Perpaduan,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Mengulas lebih lanjut ujar Subash, Muafakat Nasional dengan tegas telah menolak sebarang kerajaan perpaduan bersama dengan Parti Dap.

“Muafakat Nasional rela menjadi pembangkang dari menjadi sebahagian daripada Kerajaan PH. Disebabkan tiada kata sepakat maka Tuanku Agong telah meminta setiap ketua politik untuk menghadap bagi melihat majoriti Ahli Parlimen yang menyokong siapa. Sayangnya pertemuan tersebut gagal kerana tiada siapa yang mendapat majoriti.

“Mengambil kesempatan daripada pergolakan ini, Tun Mahathir pula mencadangkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Ketika Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertelangkah, Muafakat Nasional pula menghadap Tuanku Agong dan mencadangkan Muyiddin sebagai Perdana Menteri yang akhirnya dipersetujui oleh Tuanku Agong.

“Ini menambah kemarahan Tun Dan Anwar,” jelas beliau.

Justeru ujar Subash, sekiranya Tun dan Anwar menuduh Muhyidin sebagai pengkhianat, sejarah juga telah mencatatkan bahawa Anwar Ibrahim juga pernah mengambil kesempatan untuk merampas kuasa dari Tun Abdullah (Pak Lah) sebelum ini.

“Jadi siapa yang gila kuasa sebenarnya? Tun Mahathir telah mengakui bahawa Anwar memang gila kuasa dalam mesyuarat bersama media tetapi sebenarnya Tun juga gila kuasa,” bidas beliau.


Subscribe to receive free email updates: