Doakan Muhammad Fateh, pesakit Covid-19 termuda
Kanak-kanak kanser darah positif Covid-19
Ujian berat buat kanak-kanak berusia dua tahun apabila bukan sahaja menghidap kanser darah, sebaliknya menjadi mangsa termuda positif COVID-19 di Kelantan.
Kanak-kanak itu yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkannya selepas ujian darah yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu positif COVID-19.
Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) menerusi Facebook, semalam.
Menerusi Facebook berkenaan, PESONA memohon orang ramai mendoakan kanak-kanak itu berusia dua tahun empat bulan yang disahkan positif COVID-19.
Kisah kanak-kanak berkenaan tular di Facebook sejak kelmarin dan mengundang simpati masyarakat.
Sementara itu, sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak berkenaan positif COVID-19.
“Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Kanak-kanak itu dijangkiti COVID-19 melalui keluarga,” katanya.
Related Posts :
CUBA BERLAGAK SUCI, LUPAKAH PADA SENJATA FITNAH KALIAN? DAP SILA CERMIN DIRI infomalay12.blogspot.com
Selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersenjatakan fitnah dan berita palsu, sekarang Dap cuba untuk berlagak suci, soa… Read More...
TU DIAAAA, HANYA KERAJAAN KEDAH BERMASALAH infomalay12.blogspot.comKEDAH BERMASALAH BESAAAQ ?
BN DAH 60 TAHUN MEMERINTAH NEGARA, TAPI RAKYAT MASIH DA'IF ?
LA NI ORANG YANG DARI UMNO YANG … Read More...
CUBA BERLAGAK SUCI, LUPAKAH PADA SENJATA FITNAH KALIAN? DAP SILA CERMIN DIRI infomalay12.blogspot.com
Selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersenjatakan fitnah dan berita palsu, sekarang Dap cuba untuk berlagak suci, soa… Read More...
Pertembungan 2 calon Muslim di Tanjung Piai? infomalay12.blogspot.comPertembungan 2 calon Muslim di Tanjung Piai?: Sebelum gerhana matahari cincin (anulus) 26 Dis, Tanjung Piai dijangka menjadi tumpuan selepas… Read More...
Penstrukturan PPD, JPN, bagaimana "wajah" baharu organisasi ini? infomalay12.blogspot.com
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan pelaksanaan struktur baharu organisasi sektor pendidikan secara berperingkat berkuat kuasa… Read More...