COVID-19: PENGELUARAN KWSP MUDAHKAN KEWANGAN RAKYAT, HARAP PAKEJ RANGSANGAN MENYELURUH infomalay12.blogspot.com






Pemuda UMNO Kelantan menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan yang menggalakkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melakukan pengeluaran wang caruman melalui akaun kedua mereka.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, tindakan kerajaan yang memudahkan para pencarum untuk membuat pengeluaran duit mereka melalui kaedah dalam talian yang lebih efisien dan selamat selain boleh diproses dengan lebih cepat dalam masa tiga hari bekerja berbanding kaedah lain.

“Kaedah dalam talian ini juga bagi mengelakkan kehadiran pencarum secara beramai-ramai di kaunter berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa sekarang dalam usaha memutuskan rangkaian jangkitan.

“Pemuda UMNO Kelantan juga memohon pihak kerajaan dalam pengumuman Pakej Rangsangan nanti, untuk mempertimbangkan pemberian bantuan wang tunai kepada rakyat yang tidak bekerja makan gaji yakni yang tiada akaun KWSP ini, bagi membolehkan mereka juga berbelanja untuk isi dapur rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Hariri lagi, tindakan kerajaan secara langsung dapat membantu segmen rakyat yang bekerja sendiri dan makan gaji dan secara tidak langsung akan menggerakkan ekonomi dalam negara apabila rakyat dapat menggunakan wang tersebut untuk pembelian bahan makanan dan perkara asas selama tempoh PKP ini berlangsung.

“Oleh itu, kami mengecam sekeras-kerasnya pihak pembangkang yang berterusan menghasut dan mempolitikkan isu ini yang sedikit pun tidak membantu mengurangkan keresahan rakyat.

“Pemimpin Dap, PKR dan Amanah lupa ketika mereka memegang jawatan dalam kabinet, tiada langsung pun buah fikiran yang bagus, daya usaha dan persediaan yang dibuat untuk mencegah penularan wabak bahaya COVID-19 yang bermula Disember 2019 lagi,” ujarnya.

“Alhamdulillah… kerajaan baru pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan kabinet baru dilihat amat komited dan sepanjang masa susah dan senang bersama rakyat dalam mengahadapi wabak ini, tegasnya.”


Subscribe to receive free email updates: