INI SEMUA HANG PUNYA PASAI ?
Speaker Dewan Rakyat mengadap Agong lagi
"Tak pasai-pasai aku kena panggil"
Jumaat hari ini, bermakna kemelut perebutan kuasa politik ekoran penjajaran kuasa yang cuba dilakukan sejak Ahad lalu memasuki hari keenam.
Semalam perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad, berkata hal itu akan cuba diselesaikan di Dewan Rakyat melalui sidang khas pada 2 Mac.
Berehatlah Tun ! Tu tengok mukapun macam tak sihat tu !
Berehatlah Tun ! Tu tengok mukapun macam tak sihat tu !
Bermakna, keadaan tidak menentu sekarang akan berlanjutan sekurang-kurangnya untuk empat hari lagi.
Malaysiakini sekali lagi membawa secara langsung perkembangan ini.
3.25 petang: Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, dipanggil sekali lagi ke Istana Negara.
Pagi tadi bekas hakim kanan itu sudah mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Perkembangan itu berlaku sejurus selepas Mohamad Ariff memutuskan tiada sidang Dewan Rakyat akan diadakan Isnin depan kerana surat pemakluman mengenainya tidak mengikut peraturan.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
“Setakat ini tiada notis dikeluarkan,” katanya