Murid lelaki sebuah sekolah agama meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai latihan merentas desa di Sungai Besar, semalam.
Mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, sebelum kejadian, murid itu menjalani latihan merentas desa sejauh 3.8 kilometer.
Dia dikatakan pengsan dalam kawasan sekolah, jam 4.15 petang.
"Mangsa dibawa ke klinik kesihatan terbabit, namun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan.
"Hasil pemeriksaan pada mangsa mendapati tiada unsur jenayah," katanya kepada akhbar Harian Metro, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Related Posts :
[Video Sarawak umum keluar BN] PBB, PRS, PDP dan SUPP tinggalkan UmnoBN...Ho, ho, hooo BN Sarawak hari ini secara rasmi terbubar. infomalay12.blogspot.comSelasa, 12 Jun 2018
PBB, PRS, PDP dan SUPP tinggalkan BN
BN Sarawak hari ini secara rasmi terbubar selepas semua parti komponennya mengu… Read More...
[Video PRN Kedah? Tak perlu, kata Mukhriz pada PAS] Najib UmnoBN dah hilang kuasa masih lagi berbunyi? Ker sakit hati legasi 1MDB-Najib dah jatuh melingkup bangkrap. infomalay12.blogspot.comSelasa, 12 Jun 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 5 jam ·
Bila penyamun cuba berdakwah...
Dah … Read More...
[Video TERKINI 40 lagi Beg Tangan Mewah ditemui, serbuan 2 unit rumah di Putrajaya berkaitan isu 1MDB] Woooo! Raya tahun ini, Najib TAK LAH SEDIH SANGAT! Duit masih berkepuk & Bagaimana dengan nasib pendedak dan cai UmnoBN? Nak tanye aje, Umno masih boleh hidup ke selepas ini? infomalay12.blogspot.com
… Read More...
[Video Saya dapat tahu kepincangan projek Solar awal minggu lepas] Maszlee: Beku pindah kakitangan, naik pangkat & Syarikat Jebak, TERJEBAK? infomalay12.blogspot.com
… Read More...
Sibuk Percaturan PH Pilih Menteri, Hannah Yeoh mungkin SPEAKER atau Timb. Speaker infomalay12.blogspot.com
Parti komponen Pakatan Harapan nampaknya sibuk menyenarai pendek calon untuk jawatan bagi barisan menteri yang bakal diumumkan oleh Perda… Read More...