Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris meminta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar jangan syok sendiri di Facebook sahaja sebaliknya lihatlah kepada realiti.
“Dah mula drama YB Syed Saddiq yang kita tunggu-tunggu. Anak muda ini pandai berlakon dan pura-pura di media sosial untuk menarik hati netizen.
“Realitinya penuh pembohongan. Jika bukan kerana kuasa politik mengapakah YB Syed Saddiq mengamalkan ‘patronage politic’ dengan melantik 13 anggota Pemuda PPBM sebagai pegawai penyelaras sukan di bawah kementeriannya?” soal beliau dalam satu kenyataan.
Kedua, katanya, apakah status siasatan pemberian kontrak bernilai RM7 juta kepada sebuah syarikat membabitkan tiga IKBN berkenaan?
“Apakah jaminan kepada anak muda untuk mendepani arus pemodenan yang semakin mencabar? Kadar pengangguran dan masalah kemiskinan masih tidak berubah.
“Yang diatas hanyalah menteri dan lantikan politiknya. Rakyat dibawah semakin sengsara ditekan rejim PH.
“Pandanglah realiti YB Menteri. Jangan syok sendiri di Facebook sahaja,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Related Posts :
[PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM infomalay12.blogspot.com
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan umat Islam negara ini supaya mencontohi umat Islam terdahulu yang menga… Read More...
Apa Jasa Dr Ooi Kee Beng Dilantik Pengarah Eksekutif Penang Institute? Ohh ... Jilat Lim Kit Siang dengan Dua Buku infomalay12.blogspot.com
2 Jun lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dalam facebook rasminya mengumumkan perlantikan Dr Ooi Kee Beng sebagai Penga… Read More...
[PEKAN] CONTOHI SIKAP WALA, TAAT SETIA UMAT ISLAM TERDAHULU - PM infomalay12.blogspot.com
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan umat Islam negara ini supaya mencontohi umat Islam terdahulu yang menga… Read More...
NAJIB bayar JUTA SANA, JUTA SINI, tapi KENAPA ADUN BN sendiri DIBIARKAN MUFLIS? infomalay12.blogspot.com
Speaker DUN Kelantan, Abdullah Ya'kub semalam mengisytiharkan Adun BN Nenggiri dalam kawasan Parlimen Gua Musang, Mat Yusoff Abd Ghani hi… Read More...
Skandal Najib jadi liabiliti, negara gagal teruskan dasar berkecuali infomalay12.blogspot.comPelbagai skandal terpalit terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bebanan hutang negara tinggi menyebabkan Malaysia hari ini ga… Read More...