Isu Negaraku versi Mandarin: KPM siasat bukan satu sekolah infomalay12.blogspot.com

MURID sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin dan bahasa lain yang tular di media sosial, bukan berlaku di sebuah sekolah sebaliknya, beberapa sekolah lain.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya hari ini menegaskan, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung perkara itu.

“KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan membabitkan Perlembagaan Negara Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak,” menurut kenyataan itu.
Hari ini tular murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam versi Mandarin.

Menerusi video berdurasi 1.22 minit itu kelihatan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku secara beramai-ramai di dalam kelas tetapi tidak diketahui lokasi dan bila rakaman itu dibuat.

Majoriti murid dalam klip berkenaan berbangsa Cina selain, seorang murid perempuan bertudung.

Rakaman itu dimuat naik ke Facebook mendapat kecaman warganet.

Subscribe to receive free email updates: