Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai Latheefa Koya takut mendakwa Zakaria Hamid iaitu bekas Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Baru Bian?
Soal beliau lagi, kenapa pula SPRM hantar surat kepada PKR supaya parti itu yang ambil tindakan terhadap Zakaria Hamid?
“Kenapa ini berlaku di pemerintahan Malaysia Baru?
“Timbalan Ketua Pesurujaya SPRM, Azam Baki mengaku ianya silap dan tidak sepatunya berlaku.
“Memanglah tidak sepatutnya berlaku, kerana SPRM bukan baru wujud. Mana mungkin SPRM bayi baru lahir macam Kerajaan PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dilaporkan, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim berkata parti itu menerima surat SPRM pada 23 Oktober 2019.
“Zakaria dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 kepada pemimpin tempatan PKR semasa bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.”
Tegasnya, rakyat wajar bimbang bahawa Latheefa Koya masih ada agenda politik.
“Dia bekas pimpinan Pusat PKR. Apakah dia mahu menyelamatian maruah seseorang dalam PKR.
“Ini kesalahan besar, tetapi memang rakyat semakin tidak mempercayai SPRM. Wajar Latheefa Koya letak jawatan,” katanya lagi yang juga bekas pengarah JASA.