PH AMAL 'DOUBLE STANDARD'... MAN ADA 'RULE OF LAW' infomalay12.blogspot.com






Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak mengikut ‘rule of law’ dan melakukan pendakwaan terpilih dalam kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Tegasnya, kalau ‘rule of law’ bermakna keadilan untuk semua tapi seakan ada ‘double standard’ dalam kes AMLA.

“Dulu Masjid Tanah (Datuk Mas Ermieyati Samsudin) ada dalam senarai, tapi bila dah lompat… keluar dari senarai…. Ini apa ‘rule of law’ yang ada… pendakwaan berpilih, ‘political prosecution’ dulu Jeli (Datuk Seri Mustapha Mohamad) pun macam ni sekarang tak ada dalam senarai… mana ada ‘rule of law’ macam ini,” bidas beliau yang juga Ahli Parlimen Bera ketika bertanya sewaktu sesi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong.

Menjawab persoalan tersebut, Liew yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi menjelaskan bahawa ia adalah di bawah Peguam Negara.

“Pendakwaan dilaksanakan oleh Peguam Negara yang telah diperuntukkan di bawah undang-undang negara. Peguam Negaralah yang akan menentukan sama ada pendakwaan diteruskan atau tidak dan saya tidak campur tangan dengan pihak Peguam Negara untuk membuat keputusan,” kata Liew menjawab persoalan tersebut.


Subscribe to receive free email updates: