KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat kajian semula terhadap skop dan bidang tugas warden di semua sekolah berasrama di seluruh negara.
Presidennya, Aminuddin Awang berkata, keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini, diharap membuka mata KPM mewujudkan jawatan khas hakiki bagi warden.
Menurutnya, pihaknya sebelum ini sudah berkali-kali membuat cadangan kepada KPM supaya beban tugas ditanggung warden di sekolah asrama dapat dikurangkan.
“Kita sebelum ini sudah minta KPM mewujudkan warden sepenuh masa di sekolah berasrama. Ini kerana warden terdiri daripada guru sekolah biasa dan mereka sama seperti guru lain yang terbabit dengan aktiviti mengajar, kokurikulum dan sebagainya. Jadi mereka terbeban.
“Tanya mana-mana pengetua di sekolah berasrama di negara ini. Rata-rata mereka sukar mencari guru yang secara sukarela mahu menjadi warden kerana tahu beban tugas, tanggungjawab dan risiko terpaksa ditanggung mereka.
“Jadi kebanyakan mereka (warden sedia ada) dengan kata nama lain ‘dipaksa’ untuk menjadi warden,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Aminuddin berkata, oleh itu pihaknya mengharapkan KPM dapat membuat kajian semula terhadap peranan, tanggungjawab dan beban ditanggung warden supaya kejadian seperti ini tidak berulang.
Hari ini, Harian Metro melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) membayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah itu yang menjadi mangsa buli, empat tahun lalu.
Dalam laporan itu, Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz memerintahkan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam); bekas pengetua SESMA, Meriam Jusoh (defendan ketujuh); Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan Kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar tuntutan itu.