maut selepas kereta dinaikinya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 18 Jalan Jerantut-Benta di sini, semalam.
Ketua Polis daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku, Nur Syairah Nadiah Samsudin, 27, dalam perjalanan dari arah Jerantut ke Benta bersama suaminya yang memandu kereta berkenaan.
"Ketika mengambil selekoh kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mangsa terbabas ke kanan jalan dan terlanggar tiang elektrik.
"Akibat daripada kemalangan menyebabkan penumpang hadapan sebelah kiri meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu mengalami kecederaan,"katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital yang sama.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalam 1987 dan siasatan masih diteruskan.
Sumber - UTUSAN ONLINE