Guru “baby face” 22 tahun sering dianggap sebagai murid infomalay12.blogspot.com

Seorang guru berusia 22 tahun dari Filipina ini sering disalah anggap sebagai pelajar kerana wajahnya yang kelihatan muda.

Ian Francis Manga merupakan salah seorang guru tadika dan gred dua di San Jose Del Monte, Bulacan di Filipina. Beliau mempunyai wajah seakan-akan kanak-kanak sekolah rendah walaupun usianya kini menjangkau 22 tahun.

Menurut Manga, beliau yang mempunyai masalah dalam genetik tumbesaran tidak mempunyai masalah dalam mengajar, malah pelajarnya juga selesa setiap kali beliau mengajar dikelas.

“Saya tidak pernah dibuli kerana saya seorang yang peramah. Saya buat kawan dengan mudah. Ada juga masa saya dibuli oleh orang lain tetapi saya buat tidak tahu sahaja”, kata Manga yang mementingkan disiplin dalam kelas.
“Ketika sata serius, mereka (pelajar) juga serius.

“Saya perlu tegas kerana saya seorang pengajar. Saya tidak boleh bermain-main dalam kelas dan perlu serius”, katanya lagi.
Kisah Manga ini juga menjadi perhatian ramai khususnya warganet.

Subscribe to receive free email updates: