80 PERATUS ROYALTI MINYAK: JANJI WARISAN TINGGAL JANJI.. 20 PERATUS PUN TAK TERTUNAI infomalay12.blogspot.com






Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) amat dekat di hati rakyat Sabah.

Menyentuh mengenai royalti minyak yang terkandung dalam MA63, tegasnya ketika pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu rakyat terpengaruh dengan janji-janji Parti Warisan Sabah itu selain janji-janji lain seperti pendidikan percuma dan pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak perlu dibayar.

“Kita melihat banyak janji khususnya Warisan semasa pilihan raya (PRU1-14) berjanji 80 peratus royalti minyak ini tinggal janji sedangkan 20 peratus yang memang termaktub dalam MA63 tidak dapat dilaksanakan.




“Dan pucuk pimpinan (kerajaan Pakatan Harapan – PH) khususnya Tun Mahathir (Tun Mahathir Mohamad) mengatakan akan dikaji dan sehingga sekarang tidak mempunyai keputusan.

“Kita akan gunakan modal ini (kegagalan tunai janji) untuk berkempen pada pilihan raya kelima belas akan datang,” ujarnya kepada UMNO-Online ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang lain, Samsudin berpandangan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Perhubungan negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin di dalam Konvensyen UMNO Sabah Sabtu lalu mengenai komitmen parti akan mengembalikan hak-hak rakyat Sabah jika kembali memegang tampuk pemerintahan negeri dan negara adalah amat baik sekali.

Tambah bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi itu, juga keterbukaan yang telah disampaikan oleh Presiden parti amat baik sekali untuk UMNO Sabah di mana Dr Ahmad Zahid telah menekankan supaya kekuatan UMNO negeri biarlah diterajui daripada akar umbi dan juga UMNO Sabah sendiri.

“Ini adalah satu pembaharuan yang UMNO buka seluas-luasnya khususnya kepada UMNO Sabah.

“Saya pasti bila kami turun ke bahagian-bahagian memberitahu apa yang telah disampaikan oleh Presiden parti begitu baik sekali dan saya rasa sambutannya memang lebih hebat kerana kita sendiri memilih sendiri calon daripada kawasan-kawasan, kita kemukakan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah,” jelasnya.

Justeru, Samsudin berharap agar UMNO Sabah akan terus melipat ganda usaha untuk turun ke akar umbi.

“Ini yang penting bagi kita memberi penjelasan. InsyaAllah jika penjelasan dapat kita laksanakan di mana kita lihat, kita tidak susah untuk memberi penerangan kepada masyarakat khususnya pengundi kerana mereka telah merasai janji-janji yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

“Sebagai mantan ADUN, tidak susah berkempen kerana mereka (PH) tidak dapat melaksanakan janji-janji mereka tidak seperti kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dikurangkan (oleh PH), janji PTPTN palsu,” tegasnya sambil berjanji memberi komitmen membantu kemenangan parti dalam PRU-15 nanti.

Samsudin juga yakin dengan wujudnya agenda perpaduan ummah, ia menambah kekuatan parti dan kerjasama yang erat antara UMNO dan PAS.


Subscribe to receive free email updates: