Lepas AMhari buka, nampaknya sampai giliran Shahrol pulak kopek..!
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa hubungan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dilihat amat rapat dengan Najib Razak dan beliau meminta dihidangkan milo ais semasa tiba di kediaman rasmi Najib.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata beliau berpendapat sedemikian setelah Jho Low membawanya ke Sri Satria, Putrajaya, yang merupakan kediaman rasmi Najib.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram pada hari ke-11 perbicaraan Najib yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.
"Ketika itu Najib sudah menjawat jawatan sebagai perdana menteri tetapi kediaman yang dibawa oleh Jho Low adalah kediaman rasmi timbalan perdana menteri kerana beliau belum berpindah.
“Berdasarkan pemerhatian saya pada ketika itu, Jho Low membawa saya masuk ke dalam rumahNajib dan kelihatannya dia seperti sudah biasa dengan selok-belok kediaman Najib," katanya.
Beliau berkata, sejurus tiba di pagar kediaman rasmi itu, Jho Low terus mendapat akses untuk masuk ke dalam kawasan kediaman berkenaan.
Malah ketika berada di dalam kediaman rasmi Najib, Jho Low terus meminta pekerja di kediaman itu menyediakan minuman milo ais untuknya sebelum kami bertemu Najib.
Ketika kejadian itu, Jho Low membawanya ke kediaman Najib bagi satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Petroleum, Maurizio La Noche.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Patut la para pendokong wanemdibi tak habis habis kecoh milo ais dari semalam..! Bukan isu air tu bro..baca dan tunggu lagi perbicaraan hari ini..
Ketua pegawai eksekutif (CEO), yang kemudiannya menjadi 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia perlu menumpang di pejabat Utama Banking Group (UBG) di KLCC ketika tempoh awal syarikat itu beroperasi.
Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Shahrol berkata dia perlu menggunakan bilik mesyuarat UBG di menara itu. Ia merupakan pejabat sama yang digunakan ahli perniagaan Low Taek Jho - lebih dikenali sebagai Jho Low - yang ketika itu merupakan pengarah urusan UBG.
Jho Low juga menjadi penasihat tidak rasmi TIA ketika tempoh awal syarikat itu sehinggalah dilantik secara rasmi oleh lembaga pengarah TIA pada 8 April 2009, kata Shahrol lagi.
"Di peringkat awal pengoperasian TIA, saya terpaksa menumpang di bilik mesyuarat pejabat UBG di KLCC.
"Jho Low sebagai pegawai kanan di UBG hampir setiap hari bertanyakan tentang proses program IMTN (Islamic Medium Term Notes, oleh TIA).
"Saya beranggapan beliau sebagai penasihat kepada TIA telah mendapat arahan daripada stakeholders untuk mempercepat terbitan ITMN ini," katanya yang merupakan saksi kesembilan pendakwaan dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dana 1MDB.
UBG pada mulanya dikawal oleh keluarga bekas ketua menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud melalui syarikat mereka, Cahaya Mata Sarawak Bhd (CMS).
Pada 2007, UBG mengaut RM2.23 bilion ketika menjual pegangannya dalam RHB Bank/RHB Capital Bhd kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Selepas itu Jho Low berhubung dengan syarikat itu dan meyakinkannya untuk menjual sejumlah pegangan dalam UBG kepadanya.
Bagaimanapun, hubungan Jho Low dengan keluarga Taib menjadi tegang ekoran tindakannya yang didakwa "menjual beli" (flipping) saham untuk mendapat keuntungan.
Ketika itu dia dilaporkan menggunakan wang 1MDB untuk Petrosaudi untuk membeli UBG secara keseluruhan - dikatakan ia untuk memujuk Taib.
Terbitan bon TIA dipercepat untuk pelaburan Mubadala
Ketika perbicaraan hari ini, Shahrol juga berkata dia mempercepaat proses terbitan bon IMTN TIA atas beberapa sebab.
Menurutnya, ia termasuk rancangan UBG untuk membangunkan sebuah projek di Pulau Bidong, Terengganu, dalam usaha sama dengan Mubadala Real Estate, di mana pelaburan untuk projek itu akan datang dari TIA dan syarikat pelaburan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Ada tekanan dari Jho Low sebagai penasihat TIA untuk memastikan (terbitan) ITMN ini, menggunakan alasan Tuanku Mizan (Sultan Terengganu dan Yang di-Pertuan Agong ketika itu) dan Najib Razak sebagai pemegang taruh telah meminta saya mempercepatkan program meraih dana ini.
"Ini kerana TIA bermula tanpa sebarang dana," katanya lagi.
Siapa suruh lu orang berkawan dengan penyamun? Malah ada yang sanggup membela penyamun..!
Apa cerita Shahrol hari ini di Mahkamah?
Lu Fikir La Sendiri..!