Politik Terkini Malaysia Baharu, Tempat Duduk Di Majlis Pertabalan YDP Agong Pun Boleh Ditukar Di Saat Akhir infomalay12.blogspot.com


DS Najib telah menerima jemputan ke majlis Pertabalan tersebut sebagai bekas Perdana Menteri. Tempat duduk yang disediakan untuk beliau di Balairung Seri Istana Negara sehinggalah saat-saat akhir sebelum campur tangan Pejabat Perdana Menteri adalah di barisan hadapan sebaris atau berdekatan dengan Perdana Menteri seperti yang sepatutnya.

Namun pada saat-saat akhir, tempat duduk DS Najib telah diubah ke barisan belakang. Kedudukan yang baru ini memerlukan DS Najib menukar pakaian kepada pakaian Datuk Shahbandar Pahang mengikut protokol.

Adalah tidak munasabah, pada saat-saat akhir untuk DS Najib Razak menyediakan protokol pemakaian baju pada saat-saat akhir dan hadir ke Istana Negara pada masa yang ditetapkan. Sebagai menghormati protokol yang telah diubah pada saat-saat akhir disebabkan campurtangan oleh Pejabat Perdana Menteri, DS Najib Razak tidak dapat hadir ke majlis Pertabalan tersebut.


Di Amerika Syarikat, semasa pengkebumian Mantan Presiden George W Bush, Presiden Donald Trump boleh sahaja duduk satu kerusi dengan Mantan-Mantan Presiden seperti Barrack Obama dan Bill Clinton.

Kenapa di Malaysia, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tidak boleh melakukan sedemikian dengan Mantan beliau, sehingga terpaksa memindahkan tempat Mantan ke belakang?

Subscribe to receive free email updates: