LAPORAN FORENSIK KES ROGOL EXCO DAP HILANG: PDRM HARUS SEGERA BERTINDAK! infomalay12.blogspot.com





Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melahirkan rasa kerisauan dan kebimbangan dengan dakwaan yang sedang berlegar dalam media sosial bahawa laporan pakar forensik dan perubatan dalam kes rogol pembantu rumah warga Indonesia oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri dari Dap, Paul Yong, hilang.

Tegas Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, begitu juga dengan kenyataan media Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie, semalam yang menggesa Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain memberi penjelasan yang sepenuhnya dan meminta maaf kepada mangsa dan rakyat jelata kerana kertas siasatan kes rogol dikembalikan akibat polis gagal melampirkan laporan pakar forensik dan perubatan.

“Mengikut laporan media pada 16 Julai, Ketua Polis Perak telah menghantar kertas siasatan kes rogol ini kepada Pengarah Pendakwaan Negeri pada 14 Julai lagi. Malah beliau juga menyebut polis berjaya melengkapkan siasatan ke atas Paul Yong dalam tempoh 24 jam sahaja menandakan kes ini adalah satu kes mudah yang ‘clear-cut’.

“26 Julai lalu, Ketua Polis Perak sendiri mengakui bahawa kertas siasatan kes rogol yang dikemukakan kepada Pendakwa Raya telah dikembalikan kepada pihak polis bagi mendapatkan laporan daripada pakar perubatan dan Jabatan Kimia.

“Mengapa terlalu lama laporan daripada pakar perubatan dan jabatan kimia ini disiapkan? Soalnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Justeru itu tambahnya, Pemuda UMNO Malaysia dengan ini setegas-tegasnya membuat ketetapan seperti berikut:

(a) Menyesali kegagalan Ketua Polis Perak menyertakan laporan pakar forensik dan perubatan dalam kertas siasatan kes rogol yang dikemukakan kepada Pendakwa Raya kerana ini menimbulkan pertanyaan mengenai tahap kecekapan dan keprofesionalan pihak polis dalam melaksanakan tugas;

(b) Mendesak Ketua Polis Perak dan Peguam Negara supaya mendedahkan status terkini kertas siasatan kes rogol ini khususnya yang membabitkan laporan pakar forensik dan perubatan kerana kes ini adalah kes ‘high profile’ yang membabitkan pemimpin sebuah kerajaan negeri dan hubungan dengan negara jiran;

(c) Mencabar Ketua, Timbalan Ketua dan Naib-Naib Ketua Wanita Dap seperti Chong Eng, Teo Nie Ching, Hannah Yeoh dan Jannie Lasimbang, khususnya Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri Wanita, supaya menyatakan pendirian mereka mengenai kes rogol ini. Tindakan mereka berdiam diri dalam kes ini membuktikan mereka adalah rasis sebenar!


Subscribe to receive free email updates: