Apabila Perdana Menteri ke Turkey untuk lawatan kerja, Perdana Menteri PD (Post Dated) sibuk mengadakan simposium dan memberi beri ucapan di dalam Dewan Parlimen (walaupun dewan lama).
Seperti biasa Perdana Menteri PD ini mengulang ratib maklum dasar-dasar beliau kalau Anwar Ibrahim ditakdirkan menjadi Perdana Menteri. Anwar ibrahim berada di dalam Kerajaan namun beliau menegur dasar Kerajaan kini. Agak menghairankan apabila isterinya sendiri orang nombor dua negara. Mereka tidak berkomunikasi di rumah ka?
Kedua, penganjur sudah tidak ada dewan / tempat lain hendak diadakan program ini? Apa agenda Anwar Ibrahim menggunakan Dewan Parlimen (walau Dewan lama)?
Bila Rakyat kritik Anwar Ibrahim tidak sabar hendak menjadi Perdana Menteri marah pula. Apakata selepas ini apabila Perdana Menteri ke luar negara lagi, buat simposium, berucap di PMO Putrajaya pula?