[KUANTAN] AGONG TERUS LEGASI AYAHANDA ALKSANA PROGRAM BERSAMA RAKYAT infomalay12.blogspot.com



YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah



Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bertitah akan meneruskan program bersama rakyat dalam usaha mendekatkan hubungan antara raja dan rakyat di negeri ini.

Titah Seri Paduka, majlis seperti itu merupakan amalan dalam keluarga baginda sejak bertahun lamanya yang telah diterapkan oleh Almarhun Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Muadzam Shah.

“Majlis seperti ini (bersama rakyat) menjadi prinsip yang mengukuhkan ikatan silaturahim antara pemerintah dan rakyat.

“Dengan adanya majlis seperti ini, ia dapat merapatkan lagi hubungan antara raja dan rakyat, sesuai dengan slogan pemerintahan Almarhum Paduka Ayahanda iaitu Raja dan Rakyat Berpisah Tiada,” titah Seri Paduka pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan Bantuan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini semalam.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Pada majlis berkenaan turut berlangsung penyerahan zakat perniagaan kepada Seri Paduka oleh sembilan syarikat korporat yang keseluruhannya berjumlah RM9.4 juta.

Sementara itu, Seri Paduka bertitah, zakat perniagaan merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

“Antara hikmah zakat adalah untuk mengurangkan golongan fakir dan miskin di samping untuk merapatkan lagi jurang perbezaan di antara golongan berada dengan mereka yang kurang bernasib baik.

“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada syarikat yang menyerahkan zakat pada hari ini dan semua syarikat-syarikat yang telah pun berbuat demikian,” titah Seri Paduka.


Subscribe to receive free email updates: