Buat Warga Felda Sama2 Kita Berdoa Untuk Berita Yang Baik & TUN M – JANGAN SAKITKAN HATI PENEROKA FELDA [Video Kalau boleh bagi sikit duit raya pun tak apa, ringan beban peneroka] infomalay12.blogspot.com

Rabu, 29 Mei 2019
KiniTV
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menimbang untuk tetap memberikan bantuan kepada peneroka Felda sempena Hari Raya Aidil Fitri. Beliau yang juga pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat berkata perkara itu dibincang dalam mesyuarat kaukus hari ini. "Kami faham daripada kenyataan kerajaan, terutama (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) Azmin Ali berkenaan masalah (kewangan) dan perbincangaan tentang masa depan (Felda). "Tetapi kita telah turun ke bawah dan kegelisahan itu benar. Orang berdepan masalah kewangan ketika Ramadan dan Hari Raya. "Jadi jika mereka (kerajaan) dapat pertimbangkan untuk beri sedikit pun tak apa, untuk ringankan beban peneroka Felda. Berapa banyak bergantung kepada mereka (kerajaan)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu. Pada 22 Mei lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali membayangkan peneroka mungkin tidak akan menerima peruntukan duit raya daripada kerajaan untuk tahun ini. Selain memberi tumpuan kepada rancangan pemulihan lembaga itu yang bernilai RM6.23 bilion, Azmin berkata kerajaan berhasrat menyalurkan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil terlebih dahulu yang menurutnya akan dibuat sebelum hari raya.
Tiada penerangan foto disediakan.
Suara Rakyat
Buat Warga Felda Sama2 Kita Berdoa Untuk Berita Yang Baik.
Semuanya bergantung pada Mesyuarat BOD Felda hari ini. YB Menteri hanya akan bertindak ikut keputusan BOD. BOD yang tahu status kewangan Felda. BOD yang akan brief YB Menteri apa cadangan terbaik dari mereka. Apa apa keputusan kita terima lah dengan hati terbuka.
Semua pihak telah melakukan yang terbaik. Dari anak anak Peneroka, Peneroka, NGO-NGO Felda sehinggalah kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan semua telah bersuara luahkan pandangan.
Kemuncak kepada segala usaha tersebut, keputusannya bergantung pada BOD. Felda yang bermesyuarat semalam. Kita terima segala ketentuan Allah dengan hati terbuka.
Keputusan khabarnya telah ada. Kita tunggu pengumuman rasmi dari BOD Felda. Apa pun sekali lagi diharapkan agar kita terima segala ketentuan Allah dengan hati terbuka.
Percayalah, segala apa yg dah berlaku pasti ada hikmahnya..

TUN M – JANGAN SAKITKAN HATI PENEROKA FELDA, BAWA BALIK F1 BOLEH, TAKKAN BAGI DUIT RAYA TAK BOLEH?

Jawapan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sama ada peneroka Felda patut diberi duit raya atau sebaliknya pada tahun ini, tidak lebih hanya menambahkan lagi sakit hati peneroka terhadap kerajaan.
Katanya, beliau tidak tahu sama ada wang insentif raya kepada peneroka Felda pada tahun ini akan diberikan seperti tahun-tahun sebelumnya atau pun tidak.
“Saya tidak tahu. Pegawai kerajaan kita bagi. Mereka ini (peneroka) kita tak tahu pegawai kerajaan atau tidak.
“Itu kena tanya Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekononi yang bertanggungjawab terhadap Felda),” tambah Tun Mahathir.
Aduhhh Tun, kenapa beri “jawapan tak cerdik” seperti ini?
Takkanlah seorang Perdana Menteri yang merupakan antara pemimpin terhebat di dunia tidak tahu kedudukan peneroka sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak?
Kenapa status pegawai kerajaan dijadikan sebagai perbandingan untuk memberi duit raya peneroka Felda?
Memberi duit raya kepada peneroka bukanlah sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak, tetapi sebagai tanda prihatin kerajaan dalam membantu kehidupan mereka.
Kalau pun Tun Mahathir mahu memberi jawapan sinis dan menyindir, beliau haruslah soal duit dan dalam situasi sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk menyindir peneroka Felda.
Selain itu, fikirkanlah juga jasa dan sumbangan peneroka Felda kepada terbentuknya kerajaan yang ada ini.
Kalau nak beri, cakaplah nak beri dan kalau tak nak bagi, cakap saja tak nak bagi. Habis cerita.
Apa perlu dikata “saya tak tahu mereka pegawai kerajaan atau tidak?”
Bukankah menyakitkan lagi hati peneroka saja jadinya dengan jawapan seperti itu?
Dalam hal ini, Anwar Ibrahim nampaknya lebih ada perasaan simpati dan kemanusiaan terhadap peneroka Felda apabila menyarankan agar duit raya tetap diberikan kepada mereka, walaupun dengan jumlah yang sedikit.
Kata beliau, kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian duit raya itu bagi meringankan beban golongan itu, selain berpendapat, mereka sangat memerlukannya dalam keadaan ekonomi dan hasil ladang seperti sekarang ini.
Tidakkah tugas pemimpin memberi sedikit kesenangan kepada rakyat yang memerlukan?
Buat kereta ketiga boleh, nak bawa balik perlumbaan F1 boleh, malah nak buat kereta terbang pun boleh, kenapa tak boleh beri sedikit duit raya kepada peneroka Felda? (Shahbudindotcom 28/05/2019)

Subscribe to receive free email updates: