Apakah Kerajaan PH Mahu Melacurkan Institusi Masjid Dan Islam Di Bulan Ramadhan? infomalay12.blogspot.com


Hari ini, kita merasa sangat malu melihat orang Islam menerima sumbangan, bantuan dan makanan dari orang bukan Islam secara terbuka dan mendapat publisiti yang meluas.

Bukan kita tidak boleh menerima hadiah dan sumbangan dari bukan Islam cuma apabila dibesar-besarkan pada bulan Ramadhan, ianya seolah-olah merendahkan dan memperlekehkan ekonomi orang Islam.

Di mana maruah dan harga diri umat Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini? Berbuka puasa adalah satu ibadah dalam Islam. Tidak salah jika menjemput orang bukan Islam hadir ke majlis berbuka kita. 

Namun sangat memalukan orang Islam berbuka puasa di gereja dan kuil seolah-olah orang Islam di negara ini hidup melarat, merempat dan tidak bertempat. 

Terkini, Kerajaan PH mengadakan majlis berbuka puasa di rumah ibadat Agama lain. Jika ianya sekadar majlis keraian dan persefahaman buat sahajalah di perkarangan masjid. Nampak seperti ada usaha jangka panjang untuk menyamaratakan semua agama. 

Ada banyak cara dan keadah untuk mengukuhkan persahabatan antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini. Melacurkan bulan Ramadhan dan institusi Masjid tidak harus menjadi salah satu darinya.

Subscribe to receive free email updates: