Lama sudah tidak membaca portal Suara Rakyat selepas PH menang PRU14 sehinggalah kini. Corak persembahan masih sama, fitnah dan penyelewengan fakta masih disebarkan.
Terkini, portal berkenaan membuat fitnah bahawa untuk cek SRC berjumlah RM2.5 juta, DS Najib Tun Razak telah mengeluarkan arahan supaya cek berkenaan diberikan kepada isteri dan anak-anak beliau.
Hakikatnya, Malaysiakini lebih bertanggungjawab dengan menarik balik pelaporan salah berkenaan. Apa yang berlaku sebenarnya adalah Habibur Rahman sebenarnya yang mengarahkan cek-cek dikeluarkan untuk isteri beliau (Habibul) dan anak-anak beliau (Habibul).
Apapun perbicaraan pertuduhan SRC ini mungkin menjadi singkat di dalam sejarah apabila pada hari kesembilan, pihak pembelaan akan memohon mahlamah untuk membuang kes berkenaan kerana lawak Tommy Thomas banyak yang tidak masul akal.