PUTRAJAYA - Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ini adalah selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini yang mana kerajaan semasa adalah dipilih oleh rakyat.
Katanya, bukan mudah untuk pegawai kerajaan mengalih kesetiaan kepada kerajaan baharu setelah 61 tahun ditadbir kerajaan dari parti yang sama namun ia boleh dilakukan sekiranya kerajaan semasa mentadbir secara adil dan bertimbang rasa.
Mahathir berkata, kesetiaan "berbelah bagi" pegawai kerajaan tidak akan menyumbang kepada kelicinan pentadbiran negara.
"Kalau negara tidak ditadbir dengan baik bukan hanya negara yang rugi tetapi kita juga yang rugi," katanya pada Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini. - Bernama