
Otai BERSIH
Nik Amar perli Mat Sabu tidak tahu jaga Islam. Cuba baca laporan berita ini, ada lagi orang duduk dalam reban ayam di Kelantan. Sebelum perli orang dan kecek huduh, tengok dulu kepada kemampuan kita di negeri sendiri.
Kisah empat beranak duduk dalam gok ayam itu bolehkah kalau dikatakan Nik Amar Nate tidak reti perintah negeri dan jaga rakyat...!
UMNO TINGGALKAN PERIUK TERAKHIR YANG PENUH DENGAN TULANG...
Dan harapan rakyat hari ini ialah minta Kerajaan PH sediakan menu dan hidangan daging..
Tanyalah pemimpin² umno yang hipokrik seperti Ahmad Maslan atau si lobak, mana daging itu disembunyikan, siapa penyamun yang makan daging tersebut..
Apakah pecacai masih mahu menyembunyikan bangkai gajah..
Rakyat juga jangan hipokrik..inilah hasil menyokong si penipu.!
Tanyalah pemimpin² umno yang hipokrik seperti Ahmad Maslan atau si lobak, mana daging itu disembunyikan, siapa penyamun yang makan daging tersebut..
Apakah pecacai masih mahu menyembunyikan bangkai gajah..
Rakyat juga jangan hipokrik..inilah hasil menyokong si penipu.!
Posted by kluangman
SPRM cekup 22 lagi penguat kuasa JPJ

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seramai 22 lagi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai terlibat dengan rasuah.
Kesemua suspek disyaki melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang.
Mereka yang berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun, ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 10 pagi hingga 4.15 petang hari ini.
Kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang itu dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu melebihi RM140,000.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut.
Rabu lepas, Mahkamah Majistret George Town mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap 30 individu termasuk 24 penguat kuasa JPJ bagi membantu siasatan SPRM kerana disyaki melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di sekitar Pulau Pinang.
Malaysiakini.