Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menambah syarat pada kelulusan permit dan lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan dan semua jabatan serta agensi Kerajaan Negeri Pahang. Penambahan syarat yang ditetapkan adalah setiap peniaga diwajibkan untuk menunjuk hormat dan taat setia kepada KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong.
YAB Menteri Besar Pahang menjelaskan perkara ini ketika sesi pergulungan sidang DUN Pahang pagi ini. Jelas beliau lagi, beberapa ahli DUN telah membangkitkan tentang tindakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang telah menghina kedudukan institusi Raja di Negeri ini.
Oleh itu, kerajaan Negeri amat memahami akan hal ini dan telah meluluskan penambahan syarat ini pada Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar pada 3 April yang lepas.
“Dengan pelanggaran kepada keputusan ini, maka permit dan lesen perniagaan berkenaan akan ditarik balik” jelas beliau.
Beliau berharap, dengan syarat yang tegas ini, dapat menjadi langkah “preventive” yang berkesan bagi menangani dan mengatasi gejala ini.
Perkara ini selari dengan Titah Diraja yang disampaikan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang pada sesi Istiadat Pembukaan DUN Pahang pada isnin yang lepas.
Baginda menitahkan agar tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa harus diambil terhadap mana-mana individu yang didapati membuat Penghinaan terhadap institusi DiRaja.
Related Posts :
[Video Najib Boleh Cakap Apa Sahaja -Tun M] Polis siasat bekas menteri didakwa cabul pelajar selama 7 jam. infomalay12.blogspot.comSelasa, 30 Oktober 2018
Polis siasat bekas menteri didakwa cabul pelajar selama 7 jam
Polis hari ini menyoal siasat seorang bekas menter… Read More...
Enggan Bayar pinjaman Pendidikan, sanggup tinggal dalam Hutan infomalay12.blogspot.com
SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat (AS) berusia 29 tahun memutuskan untuk meninggalkan negaranya dan berhijrah ke sebuah kampung … Read More...
[Video Dewan Rakyat - Pasir Salak mengamuk dan maki2 ni pasai apa] BOLEH TANYA SOALAN KE TIDAK? Untungnya di era PH, bertanya soalan bukan lagi satu jenayah seperti sebelum ini & Tidah sertai Bersatu - Apa kayu ukur MARUAH pada Hishamuddin? Tok Pa tak ada maruah? infomalay12.blogspot.comSelasa, 30 Oktober 2018
BOLEH TANYA SOALAN KE TIDAK?
Kalau nak kawal soalan, kalau nak ada syarat itu ini. Lebih baik sendiri tanya&n… Read More...
[Video Azeez, Nazri tak boleh!, Tangkap bekas menteri jika dakwaan berasas] Cewi sangat, diKANGKANGnya Piala Malaysia? Presiden PAFA mohon maaf bergambar tepi kolam! Tan Sri Abu Kassim: RM2.6 bilion BUKAN DERMA. infomalay12.blogspot.comSelasa, 30 Oktober 2018
Presiden PAFA mohon maaf bergambar tepi kolam
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Muna… Read More...
Murid saman cikgu tak datang kelas 7 bulan infomalay12.blogspot.comMurid saman cikgu tak datang kelas 7 bulan: Defendan didakwa melanggar tugas statutori dan mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pen… Read More...