SAUDARA PENGARANG,
Malaysia adalah sebuah negara dengan jumlah penjawat awam yang tinggi berbanding penduduknya. Menjadi penjawat awam adalah satu cara untuk menyara hidup sama juga seperti pekerjaan lain.
Apa yang menjadi persoalan, kenapa kakitangan awam di negara ini mendapat layanan terlalu istimewa dari segi jaminan pendapatan atau sumber kewangan?
Bermula dari gaji bulanan yang tetap, elaun, kuarters, kemudahan pinjaman dengan kadar faedah rendah, gratuiti serta pencen sehingga akhir hayat. Bayangkanlah betapa istimewa layanan kerajaan terhadap mereka.
Dengan layanan sebegini, mereka tidak perlu susah hati untuk menempuh kehidupan tanpa memikirkan tentang perancangan kewangan jangka panjang.
Cuba kita bandingkan dengan pekerja swasta atau bekerja sendiri, berniaga, bertani, penoreh getah, nelayan, buruh dan sebagainya. Semua mereka terpaksa mengharungi kehidupan tanpa mendapat layanan istimewa daripada kerajaan dari segi kewangan.
Mereka semua terpaksa bersusah payah mengatur perbelanjaan dan membuat perancangan untuk masa depan dengan menyimpan dan mencarum sebahagian daripada pendapatan bulanan. Tiada skim pencen tersedia atau gratuiti menunggu. Yang ada hanyalah wang simpanan atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sebagai rakyat yang bekerja sendiri, saya rasa tidak adil bagi kerajaan kerana memberi keistimewaan sebegitu kepada kakitangan awam.
Cukuplah sekadar gaji bulanan yang tetap, biar mereka juga perlu merancang kewangan dengan menyimpan atau mencarum sebagaimana yang tidak berkhidmat dengan kerajaan. Dengan maksud lain, tiada lagi skim pencen atau habuan gratuiti.
Keadilan sebegini perlu supaya kakitangan kerajaan tidak merasakan hanya mereka yang menyumbang kepada negara atau berkorban nyawa semasa menjalankan tugas. Semua penduduk tetap jadi penyumbang kepada negara sekali pun menjadi buruh kasar, nelayan, petani, pemanjat pokok kelapa, tukang dan sebagainya. Mereka juga bersabung nyawa dalam menjalankan kerja masing-masing di samping menyumbang kepada ekonomi negara dan memenuhi keperluan kehidupan orang lain.
Sudah sampai masanya kerajaan hentikan sahaja pembayaran pencen dan gratuiti kepada kakitangan kerajaan, biar sahaja mereka mencarum dan menyimpan sebagaimana pekerja swasta.
Perdana Menteri kita adalah antara orang yang peka kepada isu ini kerana sejak akhir-akhir ini, negara amat terbeban untuk melayan ‘keperluan’ kewangan kakitangan kerajaan yang terlalu besar saban hari.
Jangan kerajaan ‘beri muka’ kepada kakitangan kerajaan sahaja sebab rakyat lain juga mempunyai nilai undi yang sama iaitu satu pangkah setiap orang. Baharulah boleh wujud layanan sama rata dan keadilan kepada seluruh rakyat dalam merancang dan mengharungi kehidupan.
ZULKIFLI Z ABIDIN
Kuala Lumpur
Sumber: Utusan Online