 |
Richard Malanjum (tengah) menunjukkan buku bartajuk 'Sistem Kehakiman dan Perundangan Malaysia' pada Majlis Pelancaran Program dari Mahkamah Ke Bilik Darjah (MYC2C) di SMK Putrajaya Presint 8 (1) hari ini. Turut kelihatan Mohamed Hanipa Maidin (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Shaari Osman. - BERNAMA |
PUTRAJAYA 8 April - Pelajar sekolah menengah di seluruh negara bakal diberi kefahaman awal mengenai sistem perundangan Malaysia menerusi program Dari Mahkamah ke Bilik Darjah (MYC2C).
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum berkata, program anjuran Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan Kementerian Pendidikan itu bertujuan memberi pendedahan awal mengenai intipati undang-undang serta mendidik generasi muda menghormatinya.
"Sistem perundangan selalunya dipelajari di fakulti perundangan dan ia sudah lambat kerana jika diajar di bangku sekolah lagi, generasi muda akan lebih mengetahui sistem penghakiman negara.
“Justeru saya berharap anak muda dapat memanfaatkan program ini sekali gus dapat mengurangkan penggunaan dadah dan buli di peringkat sekolah,” katanya selepas pelancaran Program MYC2C, di sini hari ini.
Yang turut hadir Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin serta Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Mengulas lanjut Richard berkata, program MYC2C merangkumi tiga aspek utama iaitu lawatan ke mahkamah, hakim ke sekolah dan peguam muda.
Katanya, kesemua program yang dijangka bermula Jun ini akan memberi peluang kepada pihak sekolah dan mahkamah untuk bekerjasama serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
“Pihak sekolah boleh membuat permohonan untuk Hakim atau Majistret datang ke sekolah dan memberi syarahan berkaitan undang-undang negara.
“Bagi program peguam muda pula, akan diadakan perbicaraan olok-olok bagi memberi gambaran sebenar perjalanan prosiding mahkamah,” katanya.
Sumber - UTUSAN ONLINE
Related Posts :
Iftar 'Portluck' Oleh Mukhriz Mahathir infomalay12.blogspot.com
Siapalah punya idea yang menyarankan agar Menteri Besar Kedah, Mukhriz Anak Mahathir mengadakan majlis berbuka puasa atau iftar secara po… Read More...
Kes 1MDB - Polis menyerbu sebuah firma audit, Deloitte Malaysia! Dahsyat di Indonesia..Khawarij bahaya kepada umat Islam [Video Hakim: Rosmah perlu isytihar hartanya] infomalay12.blogspot.comJumaat, 24 Mei 2019
KiniTV
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor gagal untuk mengketepikan notis pendakwaan yang memerluk… Read More...
Parti GERAKAN bantah biasiswa utk pelajar Palestin, megapa Pas jadi bisu? Mai nak habaq, Azimar AHLI PAS yang juga bekas KETUA PEMUDA UMNO Jelempok? Zunar mahu fail saman Neezam Perkasa & Tun Faisal isu kartun dipalsukan [Video Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin] infomalay12.blogspot.comJumaat, 24 Mei 2019
KiniTV
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memutuskan untuk menawarkan biasiswa buat pelajar-pelajar d… Read More...
Logik Pembangang! Tetak guna Pedang Samurai..Kalau cina buat hal, mesti tu kerja DAP! TERIMA KASIH kepada polis Perlis kerana dapat tangkap & heret mereka yg bakar kereta Mufti Perlis ke muka pengadilan [Video PAS DAN RM90 JUTA] infomalay12.blogspot.comJumaat, 24 Mei 2019
Logik Pembangang..
Suara Rakyat
TERIMA KASIH kepada polis Perlis kerana dapat tangkap & heret mereka yg bakar ker… Read More...
Siapakah pemimpin PAS-TERENGGANU terima RM3.5 juta duit UMNO? Timbalan Menteri DAP serah sumbangan RM41,900 untuk tiga surau dikawasannya & Kerajaan PH Akan Melunaskan Pembayaran Fasa Kedua BSH [Video TUN M vs DS NAJIB - Debat Bukan Tindakan Profesional Najib oii] infomalay12.blogspot.comJumaat, 24 Mei 2019
Siapakah pemimpin PAS terima RM3.5 juta duit UMNO?
SPRM menyatakan sebelum ini, wang juta-juta duit UMNO tak akan masu… Read More...