Benarkah ada pesara menerima pencen penuh seratus peratus gajinya? infomalay12.blogspot.com

Pekara ini memang menjadi bualan. Bukan sahaja warga yang nak pencen. Yang perkhidmatan baru menapak tahun kelima pun dah sembang bab bayaran pencen ni!

Melalui laman FB Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN), persoalan telah dijawab oleh adminnya. Walaupun bernada sinis, tetapi ianya boleh menjadi rujukan kepada mitos yang berlegar-legar selama ini.
Admin tersebut menulis:

Pencen: Fakta Atau Auta:

Soalan:

Admin, betulkah ada pesara yang menerima pencen penuh iaitu kadar pencennya sama dengan gaji akhir sebelum dia pencen.

Dengar cerita pegawai-pegawai JUSA, TURUS, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan dapat pencen penuh ni termasuklah juga Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan ahli-ahli dewan rakyat, betul kah?

Jawapan:

Ini adalah kenyataan AUTA dan TIDAK BENAR sama sekali kerana tiada seorang pun layak menerima pencen penuh yang dikatakan terima pencen dengan kadar 100% sama banyak dengan gaji akhirnya.

Ini adalah MITOS dan FITNAH sama sekali. Setiap penerima pencen hanya layak menerima maksimum 60% daripada gaji akhirnya.

Boleh rujuk Akta 227 & Akta 237 dan Akta-Akta berkaitan pencen.

Harap selidik dahulu fakta yang sebenar sebelum sebarkan fitnah atau mitos. Takut-takut nanti bukan LIKE yang dapat tapi DOSA pun dapat.

Terima kasih


ADMIN OHSEM

Subscribe to receive free email updates: