[Video Untuk Jufazli. Jadi Pengecam Yang Bijak Dan Playsafe!] 'Kereta Terbang' ni cita2 PM kleptokrat rupanya? Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi. infomalay12.blogspot.com

Jumaat, 29 Mac 2019
Image may contain: 2 people, people smiling, hat
Tumpang sekole.
Image may contain: text
Cita2 PM kleptokrat rupanya..

Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi

Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
“Benda kecil, kita tumpu pada pilihan raya, perbezaan pendapat kecil boleh, diizinkan... beza pendapat sikit ok tetapi sekarang perlu tumpu PRK Rantau dan ekonomi, saya konsisten bab ini.
“Semua pun sudah setuju datang berkempen, usahlah laga-lagakan lagi, yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, pastikan ekonomi berkembang dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya selepas program Pertemuan Bersama Jentera PRK DUN Rantau di Rembau, semalam.
Pada 22 Mac, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan peletakan jawatannya itu dibuat susulan ketidaksefahaman Pakatan Harapan mengenai pemilihan kepimpinan PAC.
Terdahulu Anwar dalam ucapannya berkata penyakit ‘over confident’, sombong, rasa sudah kuat dan tidak perlu banyak bekerja apabila sudah berjawatan hanya akan menyebabkan sesebuah parti ‘terlungkup’.
PRK DUN Rantau 13 April ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.
- Bernama
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: