[Video AZMIN ALI MULA KHIANATI PENEROKA FELDA?] Najib menikus di Parlimen, hanya berani di media sosial. infomalay12.blogspot.com

Jumaat, 29 Mac 2019

Najib menikus di Parlimen, hanya berani di media sosial

Siapa tidak kenal dengan Najib Razak yang kini terkenal dengan gelaran “bossku” oleh pengikutnya yang setia, termasuk yang berbayar.
Sejak akhir-akhir ini, Najib begitu popular dengan siri trollnya di Facebook.
Gebang Najib di platform tersebut tidak langsung mencermin perwatakannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Ini sedikit sebanyak mengesahkan dakwaan orang ramai bahawa yang menulis di media sosial Najib itu bukan dia, sebaliknya askar siber upahan.
Lebih pelik, kita tidak jumpa perwatakan troll Najib ini di luar ruang lingkup alam maya. Di luar, Najib masih Najib yang dulu, bezanya sekarang terpalit tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Pemimpin yang ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu itu tidak pula membawa seni trollnya ke Dewan Rakyat.
Semalam, dia diberi peluang untuk berbahas, untuk menggunakan senjata seni yang ada padanya, tapi malangnya Najib hanya mampu menikus.
Tetapi ada lah sedikit cit cit nya, itupun hanya cit cit yang lemah, malu-malu alah. Di hujung dewan, Najib didengari mencit cit “terowong”. Macam kena pula tikus dengan terowong dan Najib.
Kisahnya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi ruang pada Najib untuk jelaskan mengapa pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini menjual Bangunan Malaysia di Hong Kong secara rundingan terus.
Cerita penjualan Bangunan Malaysia ini dibangkitkan sendiri oleh Najib, tapi dia sendiri terlupa yang dia lah yang memulakan rundingan jualan aset tersebut, tapi tup tup salahkan kerajaan Pakatan Harapan.
Sudahlah guna kaedah rundingan terus yang tak menguntungkan rakyat Malaysia, apabila kerajaan Pakatan Harapan cuba mengambil cara tender terbuka yang dibuktikan mengaut untung yang lebih untuk negara tiba-tiba dia mahu kritik pula.
Bila diberi ruang untuk pertahankan diri, menikus. Itulah Najib, itulah perwatakannya yang sebenar. Panglima di media sosial, tetapi tikus di hadapan kebenaran. – Roketkini.com

Subscribe to receive free email updates: