[Video Polis Akan Panggil 'Papagomo'] Lagi, lagi PAPAGOMOL MONSTER! He he game politik Tun M yg sukar dijangka..PAS minta jawatan agensi k'jaan negeri. infomalay12.blogspot.com

Ahad, 17 Februari 2019
Polis akan memanggil blogger kontroversi, Papagomo bagi membantu siasatan berhubung insiden Menteri Belia dan Sukan,  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa dikasari dan diugut blogger berkenaan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, di pentas dan teks
Setelah dua kali jumpa Tun M selepas PRU lalu... Akhir nya Pas tidak sokong UMNO lagi?
Hehe game politik Tun M yg sukar dijangka..
Kelab Che Det

PAS minta jawatan agensi k'jaan negeri, jelas PM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PAS Abdul hadi Awang pada pertemuan mereka Jumaat lalu meminta supaya wakil daripada partinya diberikan jawatan dalam berbagai agensi kerajaan negeri.
"Adalah sikit," katanya pada sidang akhbar hari ini selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara di Puchong, Selangor.
Bagaimanapun, Mahathir tidak menjelaskan butiran terperinci perihal jawatan yang diminta itu tetapi memberi contoh proses berkenaan sebagaimana penglibatan wakil PH di negeri Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS.
"Kita ada negeri-negeri tertentu yang mana kita tak ada wakil dari Pakatan Harapan, kita minta supaya mereka diberi tempat. Sebaliknya mereka (PAS) juga minta badan kerajaan negeri Pakatan Harapan beri tempat pada mereka," katanya lagi.
Mahathir yang juga pengerusi PH berkata demikian ketika ditanya jika pemimpian PAS yang bertemunya pada Jumaat lalu membuat sebarang permintaan.
Dalam pertemuan itu juga, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berjanji untuk tidak menyokong Umno pada PRK Semenyih akan datang ini.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :