Ceramah 6 jam untuk lesen memandu buat di sekolah - Anthony Loke infomalay12.blogspot.com

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencadangkan supaya ceramah enam jam yang dihadiri sebelum mengambil lesen memandu diterapkan melalui kurikulum sekolah pada tingkatan 4.
Loke berkata, jika ia boleh dilaksanakan, maka pelajar tingkatan 4 yang mengikuti program keselamatan jalan raya di sekolah itu tidak perlu menghadiri ceramah enam jam tersebut.

“Saya fikir macam mana kita boleh menginovasikan polisi. Kalau ceramah ini boleh diterapkan dalam kurrikulum sekolah, ini memberikan satu yang menarik kepada pelajar-pelajar kita.

“Supaya dia tak letih duduk enam jam belajar dan memang enam jam tu nak ingat, faham semua, memang tak praktikal dan memang (menghadiri ceramah) enam jam itu sesuatu yang diwajibkan,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran modul pendidikan keselamatan jalan raya (PKJR) bagi sekolah rendah peringkat kebangsaan.

Modul PKJR setakat ini diajar secara penyerapan dalam subjek Bahasa Melayu di semua sekolah rendah mulai tahun 2007 lagi – Malaysiakini

Subscribe to receive free email updates: