“Calon kita BN ini anak tempatan dan banyak pengalaman, orang yang cukup matang dan disenangi oleh masyarakat tempatan, jadi tiada masalah dari segi pengenalan kepada masyarakat tempatan dan saya yakin dia boleh jadi wakil rakyat yang disenangi semua pengundi di sini.
“Saya difahamkan dia juga juara pidato UKM, jadi bukan calang-calang orang, boleh bersyarah dengan cukup meyakinkan,”.
Demikian pandangan Datuk Seri Najib Razak ketika ditanya mengenai calon yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih.
Najib berkata demkian ketika ditemui selepas makan tengah hari di sebuah gerai makan di pekan Semenyih di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pekan itu juga sebelum itu turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih di sini.
Justeru jelas Najib lagi calon BN, Zakaria Hanafi bukanlah calang-calang individu.
Tambah beliau, Zakaria merupakan calon tepat bagi mewakili BN kerana bekas penolong pegawai tadbir di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu begitu disenangi masyarakat tempatan di Semenyih.
“Saya berharap Zakaria dapat mengambil pendekatan sentiasa bersama rakyat sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih yang akan bermula sebaik sahaja proses penamaan calon yang berlangsung esok.
“Dia juga mesti jaga bukan sahaja ahli parti tapi juga yang diluar parti, serta pengundi-pengundi tempatan lain,” ujarnya.
Sumber
Related Posts :
Ibu tunggal Islam, Buddha hidup harmoni di Kampung Janda infomalay12.blogspot.comIbu tunggal Islam, Buddha hidup harmoni di Kampung Janda: GLOBAL | Perkampungan itu kini berjumlah 570 orang terdiri daripada ibu tunggal da… Read More...
[Video Pengkritik tak tahu apa-apa tentang automotif, kata Dr M] Bravo EggBoy, come to Dubai "I give you ferrari"! NoPas Kedah Kemaruk Kuasa? Ahli-ahli Pas tegar dah riuh sakan, seronok gila bila baca viral hayalan yang disebar pewalak tegar. infomalay12.blogspot.comIsnin, 18 Mac 2019
KiniTV
Selepas melancarkan Festival GT Asia hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata langkah menambah baik … Read More...
[Video Islam bukan pengganas! Bangga ada sifat kemanusiaan, ini kenyataan eggboy] Parti dia kesian kat Umno, kita pula kesian kat parti dia & Parti pakar pitenah loni. infomalay12.blogspot.comAhad, 17 Mac 2019
Lepas doa 'Umno mapuh' makbul, PAS berasa kasihan
"Antara isu besar dalam perkembangan politik negara (ialah) hasil d… Read More...
Gempa bumi Lombok: Seorang rakyat M'sia terkorban infomalay12.blogspot.comGempa bumi Lombok: Seorang rakyat M'sia terkorban: KEMAS KINI 10.57pm: Enam warganegara Malaysia yang turut terperangkap sudah ditemui.
… Read More...
Demi Buktikan Cintanya lelaki Ini kahwini Mayat Kekasih infomalay12.blogspot.com
Pasangan ini telah menjalin hubungan selama 10 tahun dan telah beberapa kali menunda perkahwinan mereka kerana alasan ingin menyelesaikan … Read More...