Ambang 2019: Kit Siang terperangkap di Kg Orang Asli
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menghabiskan ambang tahun baru dengan terperangkap di penempatan Orang Asli di Kampung Semoi Lama di Cameron Highlands.
“Saya baru keluar dari lawatan saya ke penempatan Orang Asli di Cameron Highlands sejak hari Sabtu lalu.
“Saya terperangkap untuk menghabiskan ambang tahun baru 2019 di Kampung Orang Asli Semoi Lama, terputus semua hubungan dari dunia luar.
“Ini adalah pengalaman pertama saya dalam 77 tahun yang pedihnya (berlaku) pada zaman komunikasi segera di mana maklumat bergerak pada kelajuan cahaya,” kata Kit Siang dalam suatu kenyataan hari ini.
Kejadian berlaku apabila jalan masuk dan keluar ke kampung berkenaan terputus hubungan kerana rosak teruk. Dipercayai akibat keadaan cuaca buruk, selain faktor kemudahan awam seperti jaringan komunikasi dan laluan pengangkutan yang teruk.
“Pengalaman tak terduga ini suatu yang tidak ternilai, kerana ia menggambarkan dengan jelas kegagalan kerajaan Umno / Barisan Nasional dalam menaik taraf kemudahan masyarakat Orang Asli.
Terputus dari dunia luar
"Ia adalah satu simbol bahawa selepas enam dekad, majoriti masyarakat Orang Asli masih terputus dari dunia luar apabila mereka sepatutnya telah dibawa ke arus perdana pembangunan negara,” katanya.
MP Iskandar Puteri berkata selain dirinya, turut terperangkap MP Bentong Wong Tack, Adun Tanah Rata Chiong Yoke Kong, bekas calon PH untuk Cameron Highlands pada PRU14 lalu, M Manogaram.
"Saya terperangkap bersama ahli parlimen Bentong, Adun Tanah Rata, bekas calon Pakatan Harapan untuk Cameron Highlands, dan konvoi 12 kenderaan, di Kampung Orang Asli Semoi Lama sepatutnya menunjukkan keadaan hidup dan kedudukan Orang Ali yang mengejutkan.
“(Hal ini) patut menjadi kempen utama pilihan raya kecil Cameron Highlands, kerana sudah tiba masanya untuk menghapuskan kemiskinan Orang Asli, kemunduran dan pengasingan setelah enam dekad pembinaan negara, " jelasnya lagi.
Lim turut mencadangkan suatu persidangan nasional masyarakat Orang Asli diadakan di Cameron Highlands bulan ini untuk membincangkan dan merangka hala tuju penaiktarafan mutu hidup serta infrastruktur masyarakat Orang Asli dalam Malaysia Baru di bawah pentadbiran PH.
mk.
Sejauh mana kita tahu insentif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia?
Senator Aiman Athirah Al-Jundi yang merupakan Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional dalam posting di Facebook beliau bertajuk “Sejauh mana kita tahu…” menyenaraikan antara insentif kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat Malaysia seperti berikut:
1. Rebat bil elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga miskin dan miskin tegar berdaftar dan disahkan dalam sistem e-Kasih.
2. Harga runcit bahan bakar lebih rendah bermula 1 Januari 2019.
3. Peruntukan khas berjumlah RM77 juta Kementerian Kewangan kepada peneroka FELDA bagi tahun 2018.
4. Geran sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).
5. Bayaran bantuan awal persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
6. Penetapan semula harga minimum getah sekerap pada kadar RM2.50 per kilogram berbanding sebelumnya RM2.20 per kilogram bermula tahun depan (naik 30 sen/kg).
7. Bantuan musim tengkujuh sebanyak RM600 (dibayar dua kali pada Disember 2018 dan Januari 2019) kepada pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
8. Bayaran bantuan sara hidup dipercepatkan ke Januari 2019.
9. Bayaran royalti petroleum & gas mula dibayar terus kepada kerajaan Terengganu. Kelantan pula menunggu pengesahan penarikan balik semula saman royalti oleh kerajaan Kelantan.
10. Caj tol bagi motosikal dimansuhkan di Jambatan Pulau Pinang mulai Januari 2019.
11. Skim Subsidi Harga Padi (SSPH) dinaikkan kepada RM360 bagi satu tan berbanding RM300 sebelum ini.
Berita penuh http://bit.ly/2F1KrnB
KDL