[Video Saya tak takut, nyawa bukan di tangan Najib tapi di tangan Tuhan] Bolehkah Melayu berfikiran kritis? Sekali-sekala tu tengok dan bacalah Roketkini, FMT & Malaysiakini! Singapura mahu bincang Kawasan Larangan terbang dengan Malaysia. infomalay12.blogspot.com

Rabu, 2 Januari 2018
Bolehkah Melayu berfikiran kritis... 
Setelah menganalisa beberapa berita yang disebar di WhatsApp dalam kumpulan saudara mara dan rakan handai yang berjumlah lebih dari 10 “group”, saya membuat kesimpulan orang Melayu tidak boleh berfikiran waras, tidak tahu menilai secara kritis dan tak mahu fikir langsung jika sesuatu berita itu dikaitkan dengan isu Melayu dan Islam. 

Boleh dikatakan kalau diceritakan dongeng 1001 malam tetapi ia berkait dengan menegakkan ketuanan Melayu dan melindungi Islam dari tercemar, orang Melayu akan percaya bulat-bulat dan tungang langgang. 

Kalau berita atau isu yang dicoretkan itu mempunyai “watak jahatnya” sebagai orang Cina, orang India, DAP, Kristian, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, maka orang Melayu akan “totally lose it” atau dia hilang akal, tak tahu di mana otak dan fikirannya. Yang dia tahu adalah marah yang membuak-buak dan muka yang merah padam. 

Melayu akan jadi tidak waras dan akan percaya bulat-bulat, akan tidak perlu selidik fakta atau sumber berita, akan percaya habis-habis dan tidak perlu tahu hujung pangkal; yang jahat memang Cina, Kristian, DAP, India, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. 

Sekarang pula kita kena tambah senarai hitam musuh ketat orang Melayu yang disarankan seorang mufti seperti P Waytha Moorthy, P Ramasamy, M Kulasegaran dan V Ganavaritsu. Nasib baik Karpal Singh dah meninggal dunia, kalau tidak tsunami terjadi pun boleh dipersalahkan orang tua tu! Itulah lojik Melayu yang saya analisa. 

Siapa orang Melayu yang tidak boleh berfikiran waras ini? Adakah mereka orang kampung? Adakah mereka sekolah setakat darjah 6? Adakah mereka ini kaki kedai kopi dan kedai mamak? Kalau itu sajalah golongannya, tuan-tuan, saya tak tulis artikel ini. Kalau orang berpendidikan rendah berfikir macam tu memang kita boleh agak dan fahami dan maafkan. Tetapi sebaliknya, bukan golongan macam ini saja. 

Kebanyakan 99% Melayu kenalan saya yang pernah belajar di universiti luar negara, universiti tempatan, dah ada Master dan dah ada PhD, semuanya sama macam orang kampung dan kaki kedai kopi yang tidak berpendidikan tinggi. Saya mempunyai ramai kenalan Melayu dan saya berani katakan yang tidak boleh berfikiran rasional, tidak tahu berfikiran kritis, tidak mahu berfikir panjang-panjang adalah orang-orang yang jawatannya tinggi-tinggi belaka. 

Sekali-sekala tu tengok dan baca Roketkini. Ini Roketkini pun tak tahu binatang apa, tahu DAP juga yang salah. Cuba rujuk FMT atau Malaysiakini, jangan asyik baca Kosmo, Sinar Harian atau Utusan Malaysia berkurun-kurun sampai cucu pun dah nak masuk universiti. 

Wahai orang Melayu, tolong betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. - Tajudin Rasdi, fmt 

Singapura mahu bincang Kawasan Larangan terbang dengan Malaysia

Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, Malaysia sudah memaklumkan pewujudan Kawasan Larangan kekal untuk aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa esok.
SINGAPURA: Singapura mencadangkan pertemuan dengan Malaysia bagi membincangkan pewujudan Kawasan Larangan kekal bagi tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa 2 Januari ini.
Kementerian Pengangkutan Singapura berkata, Kawasan Larangan itu yang berada dalam lingkungan ruang udara terkawal dan sesak akan memberi impak kepada operasi sedia ada serta operasi biasa oleh pesawat yang melalui ruang udara tersebut.
“Kami membangkitkan kepada Malaysia tentang kebimbangan kami terhadap kesan buruk Kawasan Larangan ke atas penerbangan awam,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, susulan pertanyaan media mengenai pewujudan Kawasan Larangan oleh Malaysia.
Menurut kenyataan itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (Notam) pada 25 Disember lalu.
Melalui notis itu, Malaysia memaklumkan pihak berkaitan penerbangan mengenai pewujudan Kawasan Larangan kekal untuk tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa esok, menurut kenyataan itu.
FMT.

Subscribe to receive free email updates: