Larangan merokok: Pendekatan 'mendidik' untuk 6 bulan pertama
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini berkata pihaknya akan mengambil pendekatan mendidik bagi enam bulan pertama tahun ini berhubung larangan merokok di premis makanan seluruh negara yang berkuatkuasa hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas program tinjauan beberapa kepada makan di Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Dzulkefly berkata tindakan hukuman hanya akan dikuatkuasakan selepas enam bulan.
"Saya tahu ada orang yang kata 'mari kita buat (denda) sekarang' tapi kita di kementerian mempunyai piawai prosedur operasi (SOP).
"Bagi kempen ini kita membenarkan enam bulan pertama untuk mendidik orang awam. Selepas itu, tiada lagi alasan," kata Dzulkefly yang diiringi pegawai Kementerian Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.
Oktober lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan merokok di semua premis makanan di seluruh negara.
Pihak yang didapati melanggar larangan itu boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun.
Pemilik premis makanan yang didapati membenarkan pelanggan merokok akan didenda maksimum RM2,500.
Perokok bagaimanapun dibenarkan merokok 3 meter (kira-kira 10 kaki) dari premis makanan.
mk.