Kutukan terhadap hotel patuh Syariah, SEPET TERLAMPAU RASIS infomalay12.blogspot.com

1. APABILA kerajaan Terengganu mengumumkan bahawa hotel Paya Bunga milik kerajaan negeri akan mengamalkan prinsip patuh Syariah, respon yang diterima dari bukan Muslim agak mengejutkan.
2. Kebanyakan mereka melontarkan kutukan dan perlian terhadap sistem hotel patuh Syariah ini. Mereka menyifatkan konsep ini sebagai langkah yang mundur, bahkan ada juga yang menggunakan kata-kata yang kesat dalam komen mereka.
3. Ini yang menyedihkan, mereka menyifatkan Melayu sebagai rasis dan Muslim sebagai ekstremis, tetapi pada hakikatnya mereka sendiri bersifat sedemikian, malah lebih rasis dan ekstremis dari Melayu dan Muslim itu sendiri.
4. Mereka berkata negara ini negara demokrasi, rakyat berhak menentukan kehendak mereka. Apabila Terengganu inginkan Islam, mereka menolak bahkan mencaci pilihan Muslim. Apakah mereka lupa bahawa Islam termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?
5. Apabila kita ingatkan kepada mereka bahawa negara ini Negara Islam, DAP dengan lantang membantah, melaungkan negara ini negara sekular. Sedangkan tiada satu perkataan sekular pun yang termaktub dalam Perlembagaan. Yang wujud termaktub adalah perkataan Islam.
6. Apabila DAP melaungkan konsep negara sekular yang memisahkan agama dari negara, lupakah kita Rukun Negara Malaysia?
“Kepercayaan Kepada Tuhan”
“Kesetiaan pada Raja dan Negara”
Moga Allah menyatukan hati-hati orang beriman.

Subscribe to receive free email updates: