Pemandu Kenderaan Jabatan Hutan Raub membuat laporan polis memaklumkan bahawa beliau sudahpun memberitahu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, bahawa Kenderaan Jabatan Hutan Raub tidak boleh digunakan untuk tujuan kempen.
Walau bagaimanapun, Tengku Zulpuri berdegil, mengambil kunci dan mengarahkan pembantunya memandu kenderaan tersebut. Laporan polis tersebut telah dibuat oleh pengadu Encik Muhammad Azwan bin Azman di Balai Polis Koyan petang semalam.